Alhamdulillah, tempahan kali ini dari pelajar UKM. Kenalan saya dari alam maya. Perkenalan saya dan dia agak berbeza sebenarnya, perkenalan yang berputik dari perkongsian di blog peribadi masing-masing. Panjang ceritanya kalau mahu diceritakan di sini tapi saya menghargai perkenalan saya dan dia. Sungguh unik dan menarik. Walaupun kami tidak pernah bersua muka tapi saya lihat saya sentiasa di dalam ingatannya. Ada saja komen dan gambar yang ditujukan untuk saya, malah ketika saya membutuhkan seseorang untuk mendengar, dai seperti merelakan telinganya untuk menjadi peneman setia saya. Saya menghargai kesanggupannya itu.
Syukur ke hadrat Illahi, dia telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati. Walaupun tidak dapat memenuhi undangan kerana baru saja melahirkan puteri sulung, doa tetap juga saya titipkan buatnya. Semoga jodohnya kekal hingga ke syurga dan membawa kebahagiaan buat selama-lamanya. Ini tempahan beliau setelah bergelar seorang isteri.
Kebetulan ketika tempahan dibuat,adik saya yang juga belajar di UKM baru sahaj menamatkan pelajarannya. Kami sekeluarga akan ke majlis graduasi beliau beramai-ramai. Kebiasaannya orang akan memberikan bungan sebagai hadiah untuk mereka yang graduates, saya mahu memberikan sesuatu yang berbeza. Hasilnya,bantal graduasi berwarna kuning untuk adik saya. Bantal berwarna biru itu adalah tempahan dari rakan saya manakala bantal berwarna kuning dengan saiz yang sama adalah untuk adik saya. Di bahagian depan bantal, saya muatkan bidang yang diambil di UKM manakala di bahagian belakang bantal,saya coretkan kata-kata semangat untuk beliau.
Tahniah Dalila, Sains Matematik bukan bidang yang mudah tapi awak berjaya mengahrunginya. We are so proud of you!
No comments:
Post a Comment