Monday, February 23, 2015

Crafty Mommy 1st Giveaway

Salam

Alhamdulillah, bulan lepas Cik Bella sempat mengadakan Giveaway pertama Crafty Mommy. Sambutannya agak memberangsangkan terutamanya di FB. Di Instagram agak perlahan sedikit tapi masih menerima sambutan. Terima kasih untuk mereka yang menyertai. Untuk yang tak tahu pun kami ada giveaway, jangan risau...insyaallah nanti bila LIKE di FB: Crafty Mommy dah mencecah 3k, kami akan buat giveaway lagi. Jadi untuk mengelakkan dari terlepas sekali lagi giveaway, minta semua LIKE FB: Crafty Mommy atay follow IG: @crafty2mommy untuk update-update terkini.

Bukan apa, agak susah sebenarnya nak anjurkan giveaway di blog. Di FB dan Instagram lebih mudah. Tapi, insyaallah next time Cik Bella umumkan kalau ada giveaway ok...cumanya penyertaan hanya boleh dibuat melalui Fb dan Instagram sahaja. Sorry...


Untuk memenangi hadiah daripada giveaway, likers FB dan followers IG Crafty Mommy haruslah meneka jumlah button yang ada di setiap huruf. Tekaan yang paling tepat akan dapat macam-macam hadiah Crafty Mommy. Dan hadiah-hadiahnya adalah seperti di bawah. Bestkan?! Alhamdulillah dah selamat dah dipos kepada penerima.


Giveaway ni dah tamat ya. Insyaallah nanti kami buat lagi dan umukan di sini. Nanti tapi ingat, penyertaan hanya diterima melalui FB: Crafty Mommy atau IG: @craft2mommy

Thursday, February 19, 2015

Crafty Mommy Mad Sales

Salam.

Merujuk perkara di atas (formal habis), Crafty Mommy akan menganjurkan Mad Sale untuk menghabiskan kesemua ready stock kami yang terdiri daripada Bantal Velboa, Shawl Pin, Handmade Card, Popsicle Signage dan Woodclip.












Bantal Velboa 12 x 12 inci
Harga Diskaun RM29.40
Harga Asal RM42.00

Bantal Velboa Saiz A4
Harga Diskaun RM22.40
Harga Asal RM32.00


Popsicle Stick Signage
Harga Diskaun RM3.50
Harga Asal RM5.00














Handmade Card Saiz S
Harga Diskaun RM3.50
Harga Asal RM5.00

Handmade Card Saiz L
Harga Diskaun RM4.90
Harga Asal RM7.00


Woodclip Ladybird
Harga Diskaun RM0.70
Harga Asal RM1.00

Woodclip Arnab, Bear, Gift, Kucing
Harga Diskaun RM1.40
Harga Asal RM2.00


Sepasang Shawl Pin
Harga Diskaun RM3.50
Harga Asal RM5.00

Cepat licinkan semua ready stock kami sebelum kehabisan ya. Kalau ada yang nak buat bantal custom made pun, tempahan sedang dibuka...so boleh contact Cik Bella juga. Whatsapp 012-2118905 untuk tempahan. Selamat ber-shopping!! :)

Wednesday, February 11, 2015

Tempahan Bantal Felt atau Velboa Dibuka

Salam.

Alhamdulillah, Cik Bella dah buka tempahan untuk custom made pillow. Sebagai pembuka tirai, silalah tatap tempahan bantal yang mula-mula masuk sebaik sahaja Cik Bella umukan tempahan dibuka ya. Berdesup laju tempahan masuk, alhamdulillah.




Tapi, tapi, tapi....Cik Bella buka tempahan limited slot dulu ya..siapa cepat, dia masuk dulu dalam schedule. Once slot dah penuh, Cik Bella akan closed order untuk bulan tu dan akan buka slot untuk bulan depan pula. Tapi in between tutup dan buka slot tu akan ada masa senggang la untuk you alls bersedia dan amik note. Nanti jangan ada yang complain Cik Bella tak tunggu ya..I olls dah cuba yang terbaik ni...tapi as for now, biarlah limited slots dulu. Bila dah boleh adjust dengan anak 4 orang, Cik Bella akan buka lebih banyak slot okay!

Untuk tempahan boleh emel ke craftymommy@gmail.com atau whatsapp 012118905. Thank you for all the supports. :)