Monday, October 10, 2016

Cikgu Felt

Salam

Cik Bella mintak maaf banyak-banyak untuk komen-komen yang mahu menyertai group whatsapp Felt yang Cik Bella war-warkan dulu. Group tu tidak ditubuhkan kerana permintaa yang sedikit. TAPI...untuk sesiapa yang nak tanya apa sahaja soalan berkenaan dengan Felt, sudi-sudilah whatsapp Cik Bella di 012-2118905 ya. Insyaallah Cik Bella will attend you personally.

Mintak maaf sangat. Sekarang dah tak sempat nak tepek hasil tangan dan barangan supply yang ada di kedai online Cik Bella. Dah makin banyak sebenarnya cuma banyak sangat kerja nak buat kalau nak upload gambar ke blog ni. Pertama kena pindah semua gambar dari memori DSLR ke Laptop, kemudian kena upload pula ke blog yang kadang-kadang mengambil masa yang lama sebab pixel dia agak besar kot. Entah. Tapi kesimpulannya, hasil kerja tangan yang Cik Bella jahit dan barangan yang Cik Bella jual...semua lebih banyak terpamer di Instagram dan Facebook jer. You all rajin-rajinlah berkunjung ke sana ya.

So lastly...whatsapp jer 012-2118905 kalau nak tanya apa-apa. Cik Bella rajin layan tau. Hehehe Bye darlings...nanti kita jumpa lagi ya.. ^__^