Baru-baru ini seorang teman lama menghubungi saya dan memberitahu yang beliau selamat melahirkan seorang putera sulung bernama Darwisy. Alhamdulillah,tahniah saya ucapkan kepada pasangan tersebut. Tambah gembira bila dia mahu menempah batal untuk putera kesayangannya dan 6 jenis keychain Burung Hantu seperti yang saya buat sebelum ini. Untuk hiasan bantal, katanya mahu diletakkan nama dan tarikh kelahiran sahaja. Corak dan warna semuanya terpulang pada saya. Ini kali pertama saya membuat kraftangan untuk lelaki (walaupun masih bayi), penat juga memikirkan corak yang bersesuaian dengan lelaki. Akhirnya saya hiaskannya dengan gambar keretapi yang berwarna warni. Alhamdulillh,dia menerimanya dengan senyuman. Bila pelangan gembira,saya pun gembira.
Tapi tidak seperti bantal,saya kurang senang dengan warna pilihan saya untuk corak Burung Hantu kali ini. Oleh kerana stok Felt yang terhad,kombinasi warna yang saya gunakan tidak menarik dan menarik perhatian. Malah Burung Hantu itu kelihatan agak pelik dan suram. Walaupun teman tadi tidak memberikan respond negatif,saya sendiri mengakui hasil kerja kali ini tidaklah begitu memuaskan hati. Maaf yer,insyaallah saya akan berusaha dengan lebih baik lagi.
Tak cantik kan? Tidak se-sweet Burung Hantu sebelum ini. Saya bertekad,lepas ini kalau stok kain Felt kehabisan saya akan mengambil masa untuk pergi membeli stok. Tempahan mungkin akan ditangguh seketika. Rasanya itu lebih baik berbanding menyiapkan tempahan yang tidak memuaskan hati pelanggan. Biar lambat,asal cantik!
No comments:
Post a Comment