Salam
Alhamdulillah,akhirnya saya memberanikan diri untuk membuka tempahan kepada orang ramai. Berdebar-debar juga saya dibuatnya,risau jika hasil tangan saya tidak dapat memuaskan hati orang lain. Namun semangat yang ditiupkan suami membuatkan semakin mahu mencuba. Tambahan lagi respond positif yang diberikan adik-adik ketika menerima hadiah kraftangan daripada saya sangat memberangsangkan. Saya kira langkah kecil ini adalah permulaan besar kepada saya. Semoga ada kebaikan yang diperolehi daripadanya.
Siapa sangkan, niat yang dipendam dan terbawa-bawa di dalam mimpi menjadi kenyataan. Kalau bukan kerana keadaan saya yang berbadan dua ketika itu, mungkin permintaan itu tidak mendapat sambutan daripada suami. Sudah beberapa kali sebenarnya saya menyatakan hasrat mahu memulakan hobi penghasilan kraftangan Felt, namun suami menangguhkannya kerana hal-hal lain yang jauh lebih penting. Tapi apabila saya mula memberitahu suami tentang mimpi saya menjahit Felt, terus suami tersenyum. Petang itu juga suami membawa saya ke tengah kota raya Kuala Lumpur untuk membeli semua keperluan menjahit. Terima kasih En.Suami di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Saya akan mengupdate tempahan yang saya terima dari masa ke semasa. Diharapkan pelanggan yang membuat tempahan dengan saya berpuas hati dengan hasil tangan saya. Untuk mereka yang berminat bolehlah mula membuat tempahan sekarang. InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan yang terbaik! :)
No comments:
Post a Comment