Thursday, January 24, 2013

Go, Go Green

Salam

Seperti yang saya katakan sebelum ini,selalunya bila saya menerima tempahan saya perasan citarasa pelanggan seperti bermusim. Asal sahaja ada pelanggan yang menempah bantal A4,maka akan ada beberapa tempahan susulan yang lebih kurang sama. Kali ini tempahan bertemakan warna hijau. Tempahan pertama dari pelajar UKM, manakala tempahan kedua datangnya dari pelajar di Kolej Yayasan Melaka.


Pelajar UPM ini membuat tempahan untuk bantal alas duduk. Dia hanya meminta saya melukis gambar kartun dan saya memilih Hello Kitty. Saya tidak mahu mengambil risiko yang tinggi dengan melukis gambar kartun yang rumit. Jadi saya memilih kartun yang ringkas dan mudah untuk cubaan pertama saya. Insyaallah,saya akan berusaha untuk mengemaskini skill saya dari masa ke semasa.


Ini pula tempahan dari pelajar Kolej Yayasan Melaka, untuk ulang tahun katanya. Asalnya dia menghantar design yang agak rumit dan saya terpaksa menolak kerana terlalu banyak item yang mahu diletakkan di atas bantal. Akhirnya saya meringkaskan design yang dihantar dan meminta persetujuannya untuk menyiapkan bantal tersebut mengikut olahan saya. Alhamdulillah,tempahan sudah siap sepenuhnya dan corak yang saya buat juga tidak lari jauh dari permintaan pelanggan.

No comments:

Post a Comment