Monday, October 28, 2013

Penutup: Tempahan Oktober

Salam.

Ini semua tempahan untuk bulan Oktober yang Cik Bila terima. Enjoy the photos. :)










Thursday, October 24, 2013

Wedding Project

Salam.

Maaf lambat betul kami mengemaskini blog ni. Sibuk, banyak benda yang perlu dikejarkan. Tempahan Felt dan tuntutan kehidupan. Alhamdulillah, tempahan bulan Oktober sudah siap sepenuhnya cuma belum diletakkan watermark jadinya kami tidak memuat naik gambar-gambar tersebut.

Untuk bulan November, Cik Bella tidak akan mengambil apa-apa tempahan custom made. Mahu berehat seketika kerana kandungan yang semakin sarat dan keadaan kesihatan yang membimbangkan. Sama-sama doakan Cik Bella.

Yang besntnyer, Insyaallah Crafty Mommy akan menyediakan perkhidmatan untuk mendekorasi photobooth atau guestbook corner untuk upacara perkahwinan. Antara hiasan yang kami sediakan ialah Wishing Tree (FREE 100 tags), Guestbook, Pomander Balls, Mr & Mrs Banner, Flower Bouquet, LOVE ornaments, Paper Fan, Paper Lantern, Vintage Decorated Cups dan Doily Paper Lanter. Semua ni akan disediakan mengikut package dan ada juga yang boleh disewa secara individually. Insyaallah, harga sewa yang kami tawarkan akan memudahkan urusan perkahwinan anda. Tidak mencekik darah. Insyaallah! :)

Ini beberapa sneak peak untuk perhiasan yang dotawarkan. Bila berkesempatan nanti, Cik Bella masukkan semua. Tawaran untuk hiasan photobooth dan Guestbook Corner ini hanya akan dibuka pada bulan November nanti. Jadi bulan ini hanya boleh booking sahaja ya. Terima kasih.






Oh ya, Crafty Mommy dah ada label sendiri. Yippi! Another achievement. May many others yet to come. Doakan! :) 


 

p/s: Banyak gambar tak boleh nak upload sebab belum letak watermark. Sorry, masa sekarang sangat suntuk nak menghadap laptop. -_-'

Monday, October 7, 2013

For A Newborn

Salam.

Sepatutnya Cik Bella bertungkus lumus menyediakan tempahan yang perlu disiapkan sebelum 27 Oktober nanti tapi setiap kali menjahit, ada saja idea yang datang mencurah-curah. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru datang bergolak. Akhirnya mulalah Cik Bella mengirimkan itu dan ini pada En.Suami untuk dibawa pulang bersama bila dia habis bekerja di petang hari. Hehehe. :D

Hasil yang pertama, menggunakan Ram iaitu gegelung bulat yang kebiasaannya digunakan untuk sulaman. Tapi Cik Bella gunakan untuk tujuan yanglain. Insyaallah ianya akan dikirimkan esok kepada seorang sahabat di Terengganu yang bakal melahirkan seorang bayi hujung bulan ini. Semoga semuanya selamat dan semoga dia bahagia menerima hadiah yang tak seberapa ni :)

Tema: Sweet Appetite.

Projek kedua masih terawang-awang dalam fikiran Cik Bella tapi rasanya patut ditangguhkan seketika suapaya dapat menyiapkan tempahan mengikut dateline.

1. Dua bantal Felt A4 due next week (tapi masih belum terima payment so belum mulakan apa-apa kerja)
2. Dua bantal Faux Hair Medium dan 4 car Signage sebelum 27 Oktober.
3. Satu bantal Velboa Medium sebelum Oktober berakhir.

Semoga semuanya siap mengikut jadual dan bolehlah Cik Bella mulakan projek baru!! :)

Friday, October 4, 2013

Kerja Keras Oktober Bermula

Salam.

Ya, seperti yang tertera pada tajuk. Tempahan untuk Oktober masuk bagai durian runtuh. Alhamdulillah. Ini beberapa hasil yang Cik Bella dah siapkan. Ada lagi yang bakal menyusul Stay tuned!! :)



Untuk yang berminat nak order, cepat-cepat isi borang tempahan atau whatsapp Cik Bella di no 012-2118905 sebelum tempahan tutup ok. Sekian, jumpa lagi.