Saturday, January 26, 2013

1st Giveaway (GA)

Salam

Untuk tempahan yang lepas (klik),saya minta rakan-rakan FB untuk meneka tema bagi bantal tersebut dan hadiah akan diberikan pada peserta pertama yang meneka dengan betul. Penyertaan sangat menggalakkan dan saya menerima dua jawapan yang betul. Pada mulanya saya berkira-kira untuk memberikan hanya satu hadiah sahaja. Tapi disebabkan perasaan gembira dengan hasil bantal kali ini dan sambutan hangat GA pertama saya, maka saya memutuskan untuk memberikan kedua-dua peserta dengan jawapan yang betul hadiah bantal Felt A4 setiap seorang.


Hadiah pertama untuk bekas pelajar UKM yang meneka dengan tepat dan betul iaitu FOndant Cupcakes. Bantall Felt A4 yang saya berikan bertema Pucca dan Garu. Sengaja saya membuat gambar Garu yang mencium Pucca,mahu disesuaikan dengan pemenang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Harap dia suka.


Pemenang kedua yang meneka dengan betul iaitu Cupcakes, saya berikan bantal bertema Besties Ninja. Selesai saya melukis ninja dan meletakkan bunga di kepala setiap ninja, saya terfikir, perasankah pemenang tersebut sebenarnya gambar yang saya lukis itu adalah ninja? Saya bertanya pendapat suami saya dan dia bersetuju,gambar tersebut adalah seorang ninja perempuan. Ok. Alhamduliilah,sebaik sahaja saya meletakkan gambar-gambar ini di Facebook,saya menerima respon positif daripada kedua-dua pemenang. :)

Insyaallah,andai ada rezeki yang lebih dan kelapangan masa,saya akan adakan GA untuk kali kedua. Mungkin kali ini soalannya agak susah dan peraturannya agak ketat kerana saya bercita-cita untuk menghadiahkan kraftangan Felt yang agak unik dan menarik. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment