Wednesday, January 23, 2013

Masa Lapang

Salam


Sepi seketika daripada sebarang tempahan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan beberapa kraftangan memandangkan idea bagai datang mencurah-curah. Macam ketagih pula saya dengan Felt. Mana tidaknya, asal ada saja masa lapang,mulalah saya duduk berteleku mengadap jarum dan timbunan kain Felt. Jari juga sedikit kemerahan kerana asyik mengunting kain Felt kepada corak-corak yang saya inginkan. Saya  anggap ini sebagai latihan pemantapan skill (amboi bukan main :p).

Hasilnya untuk beberapa hari ini:


Agak leceh sebenarnya mahu menghasilkan benda-benda kecil seperti ini. Masa yang perlu diperuntukan juga lebih banyak berbanding dengan masa yang saya gunakan untuk menghasilkan bantal Felt ataupun car signage. Kraftangan seperti ini memerlukan jahitan yang lebih halus, malahan kain-kain Felt itu juga perlu digunting dalam saiz yang lebih kecil. Geram juga saya dibuatnya tapi saya gagahkan juga. Alhamdulillah,terhasillah 5 jenis Burung Hantu pelbagai rupa dan warna. Hehehe.


Ini car signage yang dicetuskan tatkala saya melihat sticker kereta milik jiran. Saya berfikir-fikir gambar yang sesuai untuk dipadankan dengan tulisan pada car signage tersebut,akhirnya saya memilih untuk meletakkan gambar stroller. Asalnya saya mahu meletakkan gambar bayi, tapi memandangkan saya masih lagi mentah dalam bidang ini, lukisan bayi saya tidak menjadi. Saya perlu lebih gigih,bak kata suami, "Usaha lagi,jangan putus asa". Oh,I love En.Suami yang selalu supportive! :)

No comments:

Post a Comment