Wednesday, January 23, 2013

Cubaan Baru

Salam

Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Lebih-lebih lagi ketika cuti-cuti sem begini. Ada saja idea yang datang mencurah-curah. Kadangkala ada buruknya juga bila idea tidak dapat dibendung. Takut nanti tidak dapat membahagikan masa dengan baik kerana mahu melakukan semunya sekaligus. Jangan nanti hanya angan-angan Mat jenin,sudahnya satu benda pun tidak menjadi.

Alhamdulillah,saya bukanlah Mat Jenin mahupun isteri kepada Mat Jenin. Sedikit demi sedikit idea yang datang menjengah dapat saya realisasikan. Saya menggunting dan menjahit Flet mengikut apa yang saya fikirkan. Kadang-kadang saya membuat draft terlebih dahulu agar saya namapak dengan lebih jelas kraftangan Felt yang saya ingin hasilkan. Dan untuk cuti kali ini saya berjaya menghasilkan dua benda baru. :)


Baby Sleeping Set, mengandungi satu bantal, dua bantal golek ataupun bolster dan satu kain selimut. Saya gembira benar tatkala Sleeping Set ini terhasil. Menjahit bolster menggunakan tangan benar-benar menguji kemahiran saya. Berkali-kali juga saya gagal dan mencuba pelbagai teknik lain yang saya rasakan akan berjaya. Selepas beberapa kajian dilakukan hasil dari menimba ilmu dari blog-blog penghasil kraft Felt yang lebih berpengalaman, hasilnya memuaskan hati. Alhamdulillah.


Jam ini asalnya mahu dihadiahkan kepada suami saya tetapi keran faktor peribadi yang agak tidak masuk akal. Saya membatalkan niat itu. Suami hanya tersenyum mendengar alasan yang saya berikan tapi tidak ada pula bantahan. Saya kira senyuman itu tanda dia bersetuju dengan cemburu saya yang tidak bertempat itu. Biarlah, kadang-kadang cemburu itu perlu untuk menjaga hubungan suami isteri dan kadang-kadang cemburu juuga perlu untuk menyemarakkan lagi rasa cinta di antara pasangan.

No comments:

Post a Comment