Thursday, January 31, 2013

New Crafter. Yippi!

Salam.

Untuk makluman semua para pelanggan, Crafty Mommy kini mempunyai seorang lagi crafter yang berbakat iaitu Cik Ayu. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada Cik Ayu kerana sudi berganding bahu dengan Cik Bella untuk menghasilkan kraftangan Felt yang menarik (insyaallah). Kami berdua akan bersama-sama memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan dalam menghasilkan kraftangan Felt yang ditempah.

Oleh itu juga, para pelanggan kini boleh memilih samada mahu kraftangan mereka dijahit oleh Cik Ayu atau pun Cik Bella. Contoh-contoh kraftangan yang kami hasilkan boleh dilihat dibahagiaan atas blog ini. Di bahagian kiri ruangan blog juga terdapat tag untuk setiap tempahan yang dibuat. Lihat portfolio kami dan pilih siapa yang anda mahukan.

Bagi pelanggan yang tidak kisah ataupun yang mahukan tempahan mereka disiapkan dalam masa yang singkat (seminggu),kami akan membahagikan tugas menghasilkan kraftangan tersebut kepada crafter yang tidak mempunyai queue tempahan yang banyak.

Tempahan boleh dilakukan dengan mengisi borang tempahan mahupun SMS ke nombor 012-2118905 (Cik Bella) ataupun 017-9123287/013-2127591 (Cik Ayu) untuk respond yang lebih pantas. Hanya tempahan yang sudah membuat pembayaran dan menghantarkan bukti yang sah akan diterima. Kami tidak akan sesekali menerima tempahan tanpa pembayaran. 

Terima kasih :)

Couple Pillow

Salam

Ini kali pertama rasanya kami menerima tempahan untul Couple Pillow. Pelanggan menghantar gambar bagaimana rupa bantal yang patut Cik Bella hasilkan. Gambar asal pada bantal bersaiz Medium tetapi pelanggan mahukannya pada bantal bersaiz A4. Oleh kerana terlampau kosong,maka Cik Bella mengolah sedikit bantal tersebut dengan menambah corak di bahagian tepi bantal.


Perhatian: Kami akan menghasilkan bantal mengikut ciri-ciri yang diberikan oleh pelanggan. Tidak ada draft permulaan atau dalam proses yang akan kami berikan. Sebarang kesilapan disebabkan kecuaian pelanggan,kami tidak akan bertanggungjawab. Hanya kesilapan kerana kecuaian kami sahaja yang akan kami usahakan untuk ganti rugi. Sekian.

Tempahan untuk Cik Ayu 2013

Salam

Ini di antara tempahan terawal yang Cik Ayu terima untuk tahun 2013. Alhamdulillah semuanya telah selamat sampai kepada empunya milik masing-maisng. Semoga pembukaan yang baik ini membawa kebaikan sepanjang tahun. Doa-doakan usaha Cik Ayu dan Cik Bella dalam kraftangan Felt ini berhasil ya. Terima kasih sayang-sayang semua! :)


Tahniah untuk Anak-anak Cemerlanng

Salam

Ini tempahan yang diterima sebaik sahaja keputusan peperiksaan UPSR keluar. Alhamdulillah dan tahniah kami ucapkan untuk anak-anak yang berjaya. Untuk yang kurang bernasib baik,kehisupan masih panjang dan banyak lagi peperiksaan yang menunggu untuk anak-anak membuktikan kebolehan masing-maisng. Insyaallah.



Perasan tak, kalau Felt itu dihasilkan Cik Ayu,pastinya tekabentuk tulisannya pelbagai. Tak seperti rekabentuk tulis Felt yang dihasilkan Cik Bellah, sama sahaja. Huhuhu. Maaf la,bab tulisan 'fancy' ini Cik Bella kurang mahir. :p

A4 Felt Pillow

Salam

Masih lagi entri tentang hasil kraftangan Cik Ayu. Kami (Cik Bella dan Cik Ayu) sebenarnya mula menghasilkan kraftangan menggunakan material Felt dalam jangka waktu yang sama. Tetapi ketika mula-mula berkecimpung, Cik Ayu banyak menerima tempahan berbentuk bantal dan plushies manakala Cik Bella menerima tempahan menjurus ke arah car signage dan keychain.

Ini di antara bantal bersaiz A4 yang dihasilkan Cik Ayu di penglibatan kami di dalam bidang kraftangan Felt. Harapnya skill kami bertambah baik dari ahri ke hari. Ameen.







Plushies in The House

Salam

Ini semua hasil kreativiti Cik Ayu kita. Hasilnya Crafty Mommy kini menghasilkan Plushies daripada material Felt. Alhamdulillah,respond positif diterima oleh setiap pelanggan yang membuat tempahan. Buat masa ini, kami baru sahaja menghasilkan Plushies Gadis Muslimah, Kucing, Labah-labah dan Ikan. Kalau ada yang berminat dengan rekabentuk lain,insyaalah boleh diusahakan.






Tempahan Tunang dan Kahwin

Salam

Kali ini Crafty Mommy tampilkan tempahan yang diterima untuk Majlis Pertunangan dan Perkahwinan. Bantal kali ini dihasilkan oleh Cik Ayu kita yang comel. Alhamdulillah,hasilnya juga comel dan disukai pelanggan. :)






Saturday, January 26, 2013

1st Giveaway (GA)

Salam

Untuk tempahan yang lepas (klik),saya minta rakan-rakan FB untuk meneka tema bagi bantal tersebut dan hadiah akan diberikan pada peserta pertama yang meneka dengan betul. Penyertaan sangat menggalakkan dan saya menerima dua jawapan yang betul. Pada mulanya saya berkira-kira untuk memberikan hanya satu hadiah sahaja. Tapi disebabkan perasaan gembira dengan hasil bantal kali ini dan sambutan hangat GA pertama saya, maka saya memutuskan untuk memberikan kedua-dua peserta dengan jawapan yang betul hadiah bantal Felt A4 setiap seorang.


Hadiah pertama untuk bekas pelajar UKM yang meneka dengan tepat dan betul iaitu FOndant Cupcakes. Bantall Felt A4 yang saya berikan bertema Pucca dan Garu. Sengaja saya membuat gambar Garu yang mencium Pucca,mahu disesuaikan dengan pemenang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Harap dia suka.


Pemenang kedua yang meneka dengan betul iaitu Cupcakes, saya berikan bantal bertema Besties Ninja. Selesai saya melukis ninja dan meletakkan bunga di kepala setiap ninja, saya terfikir, perasankah pemenang tersebut sebenarnya gambar yang saya lukis itu adalah ninja? Saya bertanya pendapat suami saya dan dia bersetuju,gambar tersebut adalah seorang ninja perempuan. Ok. Alhamduliilah,sebaik sahaja saya meletakkan gambar-gambar ini di Facebook,saya menerima respon positif daripada kedua-dua pemenang. :)

Insyaallah,andai ada rezeki yang lebih dan kelapangan masa,saya akan adakan GA untuk kali kedua. Mungkin kali ini soalannya agak susah dan peraturannya agak ketat kerana saya bercita-cita untuk menghadiahkan kraftangan Felt yang agak unik dan menarik. Insyaallah.

Fondant Cupcakes

Salam

Tak pasti kenapa tapi tempahan kali ini buat hati saya berbunga-bunga. Tempahan dari pelajar Kolej Polytech MARA ini memberikan saya gambar Fondant Cupcakes dan beberapa perubahan yang ingin dia lakukan. Saya masih belum terbayang rupa bantal yang akan siap tapi saya tetap menuruti spesifikasi yang diberi. Kalau diikutkan ada beberapa kombinasi warna yang perlu saya olah mengikut kreativiti sendiri,tapi disebabkan tempahan perlu disiapkan dalam masa yang singkat,saya agak kebingungan seketika.

Satu per satu kerja saya lakukan dengan teliti dan dalam masa yang sama kepala saya ligat memikirkan bagaimana saya mahu menjadikan bantal itu lebih menarik. Alhamdulillah, saya didatangkan ilham untuk bermain dengan warna dan hasilnya amat memuaskan hati. :)



Thursday, January 24, 2013

Go, Go Green

Salam

Seperti yang saya katakan sebelum ini,selalunya bila saya menerima tempahan saya perasan citarasa pelanggan seperti bermusim. Asal sahaja ada pelanggan yang menempah bantal A4,maka akan ada beberapa tempahan susulan yang lebih kurang sama. Kali ini tempahan bertemakan warna hijau. Tempahan pertama dari pelajar UKM, manakala tempahan kedua datangnya dari pelajar di Kolej Yayasan Melaka.


Pelajar UPM ini membuat tempahan untuk bantal alas duduk. Dia hanya meminta saya melukis gambar kartun dan saya memilih Hello Kitty. Saya tidak mahu mengambil risiko yang tinggi dengan melukis gambar kartun yang rumit. Jadi saya memilih kartun yang ringkas dan mudah untuk cubaan pertama saya. Insyaallah,saya akan berusaha untuk mengemaskini skill saya dari masa ke semasa.


Ini pula tempahan dari pelajar Kolej Yayasan Melaka, untuk ulang tahun katanya. Asalnya dia menghantar design yang agak rumit dan saya terpaksa menolak kerana terlalu banyak item yang mahu diletakkan di atas bantal. Akhirnya saya meringkaskan design yang dihantar dan meminta persetujuannya untuk menyiapkan bantal tersebut mengikut olahan saya. Alhamdulillah,tempahan sudah siap sepenuhnya dan corak yang saya buat juga tidak lari jauh dari permintaan pelanggan.

Designated Pillow

Salam

Ini kali pertama saya menerima tempahan lengkap bersama gambar sebagai rujukan untuk corak yang akan diletakkan di atas bantal. Berdebar juga sewaktu kali pertama mahu memulakan proses pembuatan bantal. Mana tidaknya,ini juga kali pertama saya melukis gambar orang. Dari dulu lagi,saya memang mengalami masalh untuk melukis gambar orang dengan baik. Tapi kali ini alhamdulillah,hasilnya amat memuaskan hati. Malah ketika penghantaran dibuat,saya gembira melihat senyuman yang terukir di wajah pelanggan.


Disebelah kanan gambar adalah gambar yang dihantar oleh pelanggan. Saya sedaya upaya menyiapkannya sebiji seperti dalam gambar cuma bahagian mulut sahaja yang saya ubah. Nasib baik pelanggan menerima perubahan tersebut. Terima kasih semua.

Wednesday, January 23, 2013

Untuk Para Ibu

Salam


Seperti bermusim,sebaik sahaja saya menerima tempahan seorang ibu untuk anak kesayangannya, dua lagi tempahan saya terima yang mahu mengabdikan nama anak mereka di atas hasil tangan saya. Bertuahnya dapat memenuhi permintaan mereka. Tapi bezanya tempahan kali ini,mereka berdua mahukan car signage yang mempunyai nama mereka,suani dan anak masing-masing. Warna adalah pilihan dari pelanggan manakala saya diberi kebebasan untuk membuat corak bagi setiap car signage tersebut.



Kedua-dua tempahan datang dari jauh. Yang biru untuk pelanggan dari Perak,manakala yang biru untuk pelanggan dari Pahang. Alhamdulillah,semuanya telah selamat sampai pada tuan masing-masing.

Bantal Felt

Salam

Baru-baru ini seorang teman lama menghubungi saya dan memberitahu yang beliau selamat melahirkan seorang putera sulung bernama Darwisy. Alhamdulillah,tahniah saya ucapkan kepada pasangan tersebut. Tambah gembira bila dia mahu menempah batal untuk putera kesayangannya dan 6 jenis keychain Burung Hantu seperti yang saya buat sebelum ini. Untuk hiasan bantal, katanya mahu diletakkan nama dan tarikh kelahiran sahaja. Corak dan warna semuanya terpulang pada saya. Ini kali pertama saya membuat kraftangan untuk lelaki (walaupun masih bayi), penat juga memikirkan corak yang bersesuaian dengan lelaki. Akhirnya saya hiaskannya dengan gambar keretapi yang berwarna warni. Alhamdulillh,dia menerimanya dengan senyuman. Bila pelangan gembira,saya pun gembira.


Tapi tidak seperti bantal,saya kurang senang dengan warna pilihan saya untuk corak Burung Hantu kali ini. Oleh kerana stok Felt yang terhad,kombinasi warna yang saya gunakan tidak menarik dan menarik perhatian. Malah Burung Hantu itu kelihatan agak pelik dan suram. Walaupun teman tadi tidak memberikan respond negatif,saya sendiri mengakui hasil kerja kali ini tidaklah begitu memuaskan hati. Maaf yer,insyaallah saya akan berusaha dengan lebih baik lagi.


Tak cantik kan? Tidak se-sweet Burung Hantu sebelum ini. Saya bertekad,lepas ini kalau stok kain Felt kehabisan saya akan mengambil masa untuk pergi membeli stok. Tempahan mungkin akan ditangguh seketika. Rasanya itu lebih baik berbanding menyiapkan tempahan yang tidak memuaskan hati pelanggan. Biar lambat,asal cantik!

Lagi Car Signage

Salam

Tempahan kali ini saya terima dari rakan seuniversiti. Car signage yag mahu digantung di cermin pandang belakang katanya. Dia hanya memberi spesifikasi muda, mahukan base warna merah berbentuk love,tulisan warna kuning dengan jahitan berwarna hitam. Alhamdulillah,tempahan itu saya sudahkan dalam masa yang singkat. Kebetulan waktu tempahan diterima,masa saya agak lapang dan anak-anak tidak banyak karenah. Mungkin semakin memahami hobi mamanya. :)

Kebetulan juga minggu itu jadual saya dipenuhi dengan undangan ke majlis perkahwinan bekas teman sebilik di UIA. Saya mengambil kesempatan tersebut untuk menghasilkan kraftangan untuk kedua-dua pengantin baru. Juga berbentuk car signage, untuk digantung di dalam kereta pasangan baru. Alhamdulillah,mereka semua suka dengan hasil tangan saya. :)


Cubaan Baru

Salam

Saya suka mencuba sesuatu yang baru. Lebih-lebih lagi ketika cuti-cuti sem begini. Ada saja idea yang datang mencurah-curah. Kadangkala ada buruknya juga bila idea tidak dapat dibendung. Takut nanti tidak dapat membahagikan masa dengan baik kerana mahu melakukan semunya sekaligus. Jangan nanti hanya angan-angan Mat jenin,sudahnya satu benda pun tidak menjadi.

Alhamdulillah,saya bukanlah Mat Jenin mahupun isteri kepada Mat Jenin. Sedikit demi sedikit idea yang datang menjengah dapat saya realisasikan. Saya menggunting dan menjahit Flet mengikut apa yang saya fikirkan. Kadang-kadang saya membuat draft terlebih dahulu agar saya namapak dengan lebih jelas kraftangan Felt yang saya ingin hasilkan. Dan untuk cuti kali ini saya berjaya menghasilkan dua benda baru. :)


Baby Sleeping Set, mengandungi satu bantal, dua bantal golek ataupun bolster dan satu kain selimut. Saya gembira benar tatkala Sleeping Set ini terhasil. Menjahit bolster menggunakan tangan benar-benar menguji kemahiran saya. Berkali-kali juga saya gagal dan mencuba pelbagai teknik lain yang saya rasakan akan berjaya. Selepas beberapa kajian dilakukan hasil dari menimba ilmu dari blog-blog penghasil kraft Felt yang lebih berpengalaman, hasilnya memuaskan hati. Alhamdulillah.


Jam ini asalnya mahu dihadiahkan kepada suami saya tetapi keran faktor peribadi yang agak tidak masuk akal. Saya membatalkan niat itu. Suami hanya tersenyum mendengar alasan yang saya berikan tapi tidak ada pula bantahan. Saya kira senyuman itu tanda dia bersetuju dengan cemburu saya yang tidak bertempat itu. Biarlah, kadang-kadang cemburu itu perlu untuk menjaga hubungan suami isteri dan kadang-kadang cemburu juuga perlu untuk menyemarakkan lagi rasa cinta di antara pasangan.

Tempahan dari UKM

Salam

Alhamdulillah, tempahan kali ini dari pelajar UKM. Kenalan saya dari alam maya. Perkenalan saya dan dia agak berbeza sebenarnya, perkenalan yang berputik dari perkongsian di blog peribadi masing-masing. Panjang ceritanya kalau mahu diceritakan di sini tapi saya menghargai perkenalan saya dan dia. Sungguh unik dan menarik. Walaupun kami tidak pernah bersua muka tapi saya lihat saya sentiasa di dalam ingatannya. Ada saja komen dan gambar yang ditujukan untuk saya, malah ketika saya membutuhkan seseorang untuk mendengar, dai seperti merelakan telinganya untuk menjadi peneman setia saya. Saya menghargai kesanggupannya itu.

Syukur ke hadrat Illahi, dia telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati. Walaupun tidak dapat memenuhi undangan kerana baru saja melahirkan puteri sulung, doa tetap juga saya titipkan buatnya. Semoga jodohnya kekal hingga ke syurga dan membawa kebahagiaan buat selama-lamanya. Ini tempahan beliau setelah bergelar seorang isteri.





Kebetulan ketika tempahan dibuat,adik saya yang juga belajar di UKM baru sahaj menamatkan pelajarannya. Kami sekeluarga akan ke majlis graduasi beliau beramai-ramai. Kebiasaannya orang akan memberikan bungan sebagai hadiah untuk mereka yang graduates, saya mahu memberikan sesuatu yang berbeza. Hasilnya,bantal graduasi berwarna kuning untuk adik saya. Bantal berwarna biru itu adalah tempahan dari rakan saya manakala bantal berwarna kuning dengan saiz yang sama adalah untuk adik saya. Di bahagian depan bantal, saya muatkan bidang yang diambil di UKM manakala di bahagian belakang bantal,saya coretkan kata-kata semangat untuk beliau.



Tahniah Dalila, Sains Matematik bukan bidang yang mudah tapi awak berjaya mengahrunginya. We are so proud of you!

Masa Lapang

Salam


Sepi seketika daripada sebarang tempahan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan beberapa kraftangan memandangkan idea bagai datang mencurah-curah. Macam ketagih pula saya dengan Felt. Mana tidaknya, asal ada saja masa lapang,mulalah saya duduk berteleku mengadap jarum dan timbunan kain Felt. Jari juga sedikit kemerahan kerana asyik mengunting kain Felt kepada corak-corak yang saya inginkan. Saya  anggap ini sebagai latihan pemantapan skill (amboi bukan main :p).

Hasilnya untuk beberapa hari ini:


Agak leceh sebenarnya mahu menghasilkan benda-benda kecil seperti ini. Masa yang perlu diperuntukan juga lebih banyak berbanding dengan masa yang saya gunakan untuk menghasilkan bantal Felt ataupun car signage. Kraftangan seperti ini memerlukan jahitan yang lebih halus, malahan kain-kain Felt itu juga perlu digunting dalam saiz yang lebih kecil. Geram juga saya dibuatnya tapi saya gagahkan juga. Alhamdulillah,terhasillah 5 jenis Burung Hantu pelbagai rupa dan warna. Hehehe.


Ini car signage yang dicetuskan tatkala saya melihat sticker kereta milik jiran. Saya berfikir-fikir gambar yang sesuai untuk dipadankan dengan tulisan pada car signage tersebut,akhirnya saya memilih untuk meletakkan gambar stroller. Asalnya saya mahu meletakkan gambar bayi, tapi memandangkan saya masih lagi mentah dalam bidang ini, lukisan bayi saya tidak menjadi. Saya perlu lebih gigih,bak kata suami, "Usaha lagi,jangan putus asa". Oh,I love En.Suami yang selalu supportive! :)

Tempahan Kembar

Salam


Pernah ada kawan kembar tak? Ini kali pertama saya mempunyai kenalan kembar yang agak rapat dengan saya. Bukannya sebelum ini saya tidak mengenali sesiapa yang mempunyai kembar,tapi kali ini hubungan saya dengan pasangan kembar agak rapat. Saya suka dengan penampilan dan cara pemikiran mereka yang serupa. Comel dan menarik hai. Beberapa kali saya memberitahu mereka, ada kembar ini seolah-olah ada kawan baik yang kita tidak akan bergaduh sehingga putus kawan. Mudah, nak ke mana pun kita pasti kita akan berteman. Mereka hanya tersenyum dengan celoteh saya yang tidak sudah-sudah. Betul,mungkin saya over excited. Mana tidaknya, melihat pasangan kembar itu membuatkan saya mahu mempunyai anak kembar. Mampukah saya? Hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau mampu tentu ada rezeki nanti. Kan? Mudah-mudahan :)

Ini tempahan kembar yang comel itu. Saya diberi kebebasan untuk menetukan corak pada bantal bersaiz A4 pilihan mereka. Mereka hanya menentukan warna dan tulisan  yang ingin dibuat di atas bantal tersebut. Alhamdulillah,hasilnya memuaskan hati mereka. Bila pelanggan puas hati,saya pun turut suka. Oh ya,bantal ini untuk hiasan di dalam kereta katanya. Patutlah tema warna serupa dengan warna kereta, untuk hiasa kereta rupanya. :)


Hasil Yang Pertama

Salam.

Ini tempahan pertama yang saya terima. Kedua-duanya permintaan daripada keluarga terdekat. Saya kira ini latihan saya, menerima tempahan daripada ahli keluarga sendiri. Mudah untuk saya bertanyakan maklum balas mereka. Alhamdulillah,car signage ini mendapat tempat di hati mereka. Saya sendiri teruja dan seronok melihat hasil kraftangan saya tergantung dalam kereta masing-masing. Bangga pun ada. Hehehe :p


Yang ini adik saya yang tempah. Jadi ayat permintaan pun mestilah ibarat, isi bakul angkat sendiri. Apa-apa pun saya gembira menghasilkan car signage ini,berbeza bentuk bantal kali ini daripada yang biasa saya hasilkan.


Ini pula permintaan daripada makcik saya. Lihat saja kraftangan yang tergantung di kereta asik, terus dia buat tempahan khusus untuk kereta dia. Tidak mahu kalah,permintaannya juga berunsur, isi bakul angkat sendiri. Saya ikutkan sahaja. Yang penting semuanya puas hati.

Sesiapa yang berminat untuk dihias di dalam kereta,boleh SMS saya sekarang. No rush order ya,saya budak baru belajar,so sesi jahit menjahit ni mengambil masa yang agak lama. Harap maklum. :)

A New Beginning

Salam


Alhamdulillah,akhirnya saya memberanikan diri untuk membuka tempahan kepada orang ramai. Berdebar-debar juga saya dibuatnya,risau jika hasil tangan saya tidak dapat memuaskan hati orang lain. Namun semangat yang ditiupkan suami membuatkan semakin mahu mencuba. Tambahan lagi respond positif yang diberikan adik-adik ketika menerima hadiah kraftangan daripada saya sangat memberangsangkan. Saya kira langkah kecil ini adalah permulaan besar kepada saya. Semoga ada kebaikan yang diperolehi daripadanya.

Siapa sangkan, niat yang dipendam dan terbawa-bawa di dalam mimpi menjadi kenyataan. Kalau bukan kerana keadaan saya yang berbadan dua ketika itu, mungkin permintaan itu tidak mendapat sambutan daripada suami. Sudah beberapa kali sebenarnya saya menyatakan hasrat mahu memulakan hobi penghasilan kraftangan Felt, namun suami menangguhkannya kerana hal-hal lain yang jauh lebih penting. Tapi apabila saya mula memberitahu suami tentang mimpi saya menjahit Felt, terus suami tersenyum. Petang itu juga suami membawa saya ke tengah kota raya Kuala Lumpur untuk membeli semua keperluan menjahit. Terima kasih En.Suami di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Saya akan mengupdate tempahan yang saya terima dari masa ke semasa. Diharapkan pelanggan yang membuat tempahan dengan saya berpuas hati dengan hasil tangan saya. Untuk mereka yang berminat bolehlah mula membuat tempahan sekarang. InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan yang terbaik! :)