Sunday, March 8, 2015

Bantal Felt dan Booth MAIS

Salam

Minggu lepas, awal Mac Cik Bella mengambil peluang mengikuti Pertandingan Mewarna yang dianjurkan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor, MAIS. Oh tidak, Cik Bella tak menyertai pun pertandingan tu walaupun hadiah yang ditawarkan agak lumayan, Cik Bella ke sana dengan membawa segala macam kraftangan untuk memeriahkan booth-booth yang sedia ada.


Ini diantara stok baru yang ditambah. Oleh kerana shirt notice, Cik Bella tambah stok bantal jer la. Stok kraftangan lain yang kecil dan memerlukan perhatian dan belaian manja, tak sempat Cik Bella siapkan. :)






Insyaallah, sepanjang bulan Mac ini Crafty Mommy memang akan berada di perkarangan Tapak Usahawan Asnaf, Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam. Setiap hujung minggu ya, so jemput-jemput la ke sana untuk mereka yang ada kelapangan. Untuk yang busy memanjang tapi nak tempah Felt untuk kawan-kawan yang nak kahwin atau semperna hari guru nanti..bolehlah whatsapp atau SMS 0122118905 okay!

No comments:

Post a Comment