Monday, February 23, 2015

Crafty Mommy 1st Giveaway

Salam

Alhamdulillah, bulan lepas Cik Bella sempat mengadakan Giveaway pertama Crafty Mommy. Sambutannya agak memberangsangkan terutamanya di FB. Di Instagram agak perlahan sedikit tapi masih menerima sambutan. Terima kasih untuk mereka yang menyertai. Untuk yang tak tahu pun kami ada giveaway, jangan risau...insyaallah nanti bila LIKE di FB: Crafty Mommy dah mencecah 3k, kami akan buat giveaway lagi. Jadi untuk mengelakkan dari terlepas sekali lagi giveaway, minta semua LIKE FB: Crafty Mommy atay follow IG: @crafty2mommy untuk update-update terkini.

Bukan apa, agak susah sebenarnya nak anjurkan giveaway di blog. Di FB dan Instagram lebih mudah. Tapi, insyaallah next time Cik Bella umumkan kalau ada giveaway ok...cumanya penyertaan hanya boleh dibuat melalui Fb dan Instagram sahaja. Sorry...


Untuk memenangi hadiah daripada giveaway, likers FB dan followers IG Crafty Mommy haruslah meneka jumlah button yang ada di setiap huruf. Tekaan yang paling tepat akan dapat macam-macam hadiah Crafty Mommy. Dan hadiah-hadiahnya adalah seperti di bawah. Bestkan?! Alhamdulillah dah selamat dah dipos kepada penerima.


Giveaway ni dah tamat ya. Insyaallah nanti kami buat lagi dan umukan di sini. Nanti tapi ingat, penyertaan hanya diterima melalui FB: Crafty Mommy atau IG: @craft2mommy

No comments:

Post a Comment