Wednesday, January 22, 2014

Kraf Orang Berpantang

Salam

Cik Bella baru 23 hari bersalin, so maknanya masih lagi di dalam pantang. Masalahnya kegatalan mahu menjahit memang tidak dapat dibendung. Kononnya, demi menahan diri dari menjahit, Cik Bella hanya mengemas sahaja dulu peralatan menjahit dan timbunan kain Felt dan Velboa. Tapi akhirnya tewas juga. Cik Bella menjahit dalam keadaan masih berpantang! Ya ampun, memang nak kena marah dengan mama dan nenek ni. :p



Yang atas tu wall decoration, baiti jannati. Yang gambar bawah tu pula keychain untuk kunci. Puas hati. Selesai jer uploadgambar ni, terus Cik Bella dapat request 2 biji bantal A4, 2 biji bantal saiz medium 12x12 inci dan 3 keychain kunci. Apa lagi? Terus terima sebab tengah kemaruk nak menjahit kan.

So, yes...Cik Bella officially terima tempahan custom made. Tempah sekarang! Whatsapp/SMS 012-2118905 :)

No comments:

Post a Comment