Sunday, January 26, 2014

Ceritera Felt

Salam

Al kisahnya bermula bila Cik Bella mengumumkan yang Cik Bella sudah pun menerima tempahan custom made. Alhamdulillah, hari ini umum, esok terus ada request nak keychain berbentuk love dan keychain Liverpool. Maka bermulalah sesi jahit menjahit.



Disebabkan semangat yang berkobar-kobar, Cik Bella siapkan 2 applique baby. Satu baby girl dan satu lagi baby boy. Cadangnya mahu dihadiahkan kepada seorang rakan sekolah yang dapat anak lelaki baru-baru ni. Jadi baby girl (yang tidak dimiliki sesiapa) dijadikan giveaway. Alhamdulillah giveaway tu dapat sambutan dan pemenangnya pun dah ada cumanya respond dari pemenang masih belum diterima. So kira-kiranya kalau seminggu lebih masih tak ada sebarang respond, sekali lagi cabutan bertuah akan dibuat untuk mencari pemenang baru. Insyaallah.



Nak dijadikan cerita, kawan yang menerima hadiah bantal dari Cik Bella ni kebetulan nak buat majlis aqiqah untuk anak dia. So dia nak tempah doorgift untuk majlis yang akan berlangsung Februari nanti. Beberapa cadangan keychain diberikan (hanya untuk yang confirm order sahaja akan disediakan proposal):


Keputusannya, dia memilih keychain baby pram untuk dijadikan doorgift di majlis aqiqah itu nanti. Oh, tak sabar sungguh Cik Bella nak tengok hasilnya.


Insyaallah, selesai tempahan doorgift ini, Cik Bella akan mengusahakan 7 biji bantal Velboa (beberapa applique dan huruf sudah siap dipotong) yang kesemuanya due bulan Februari nanti. Untuk sesiapa yang berminat, samada untuk tempahan in bulk, custom made pillow atau nak pakej guestbook corner Crafty Mommy boleh SMS/Whatsapp 012-2118905 (Cik Bella). 

Gambar kain Velboa siap potong. :)

No comments:

Post a Comment