Sunday, January 26, 2014

Ceritera Felt

Salam

Al kisahnya bermula bila Cik Bella mengumumkan yang Cik Bella sudah pun menerima tempahan custom made. Alhamdulillah, hari ini umum, esok terus ada request nak keychain berbentuk love dan keychain Liverpool. Maka bermulalah sesi jahit menjahit.



Disebabkan semangat yang berkobar-kobar, Cik Bella siapkan 2 applique baby. Satu baby girl dan satu lagi baby boy. Cadangnya mahu dihadiahkan kepada seorang rakan sekolah yang dapat anak lelaki baru-baru ni. Jadi baby girl (yang tidak dimiliki sesiapa) dijadikan giveaway. Alhamdulillah giveaway tu dapat sambutan dan pemenangnya pun dah ada cumanya respond dari pemenang masih belum diterima. So kira-kiranya kalau seminggu lebih masih tak ada sebarang respond, sekali lagi cabutan bertuah akan dibuat untuk mencari pemenang baru. Insyaallah.



Nak dijadikan cerita, kawan yang menerima hadiah bantal dari Cik Bella ni kebetulan nak buat majlis aqiqah untuk anak dia. So dia nak tempah doorgift untuk majlis yang akan berlangsung Februari nanti. Beberapa cadangan keychain diberikan (hanya untuk yang confirm order sahaja akan disediakan proposal):


Keputusannya, dia memilih keychain baby pram untuk dijadikan doorgift di majlis aqiqah itu nanti. Oh, tak sabar sungguh Cik Bella nak tengok hasilnya.


Insyaallah, selesai tempahan doorgift ini, Cik Bella akan mengusahakan 7 biji bantal Velboa (beberapa applique dan huruf sudah siap dipotong) yang kesemuanya due bulan Februari nanti. Untuk sesiapa yang berminat, samada untuk tempahan in bulk, custom made pillow atau nak pakej guestbook corner Crafty Mommy boleh SMS/Whatsapp 012-2118905 (Cik Bella). 

Gambar kain Velboa siap potong. :)

Wednesday, January 22, 2014

Kraf Orang Berpantang

Salam

Cik Bella baru 23 hari bersalin, so maknanya masih lagi di dalam pantang. Masalahnya kegatalan mahu menjahit memang tidak dapat dibendung. Kononnya, demi menahan diri dari menjahit, Cik Bella hanya mengemas sahaja dulu peralatan menjahit dan timbunan kain Felt dan Velboa. Tapi akhirnya tewas juga. Cik Bella menjahit dalam keadaan masih berpantang! Ya ampun, memang nak kena marah dengan mama dan nenek ni. :p



Yang atas tu wall decoration, baiti jannati. Yang gambar bawah tu pula keychain untuk kunci. Puas hati. Selesai jer uploadgambar ni, terus Cik Bella dapat request 2 biji bantal A4, 2 biji bantal saiz medium 12x12 inci dan 3 keychain kunci. Apa lagi? Terus terima sebab tengah kemaruk nak menjahit kan.

So, yes...Cik Bella officially terima tempahan custom made. Tempah sekarang! Whatsapp/SMS 012-2118905 :)

Thursday, January 9, 2014

Photobooth/Guestbook Corner

Salam

Disini Crafty Mommy pamerkan beberapa pilihan untuk digandingkan bersama Guestbook. Maknanya nanti, di hari perkahwinan itu nanti, para tetamu boleh memilih untuk menanda tangani buku Guestbook atau menulis ucapan mereka dengan sedikit keunikan. :)

1. Wishing Tree
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka buat pengantin dan ucapan itu akan digantung pada ranting yang di hias mengikut tema atau permintaan pengantin. Selesai majlis, ucapan ini akan dikepilkan di dalam sticky album sebagai kenangan untuk pengantin.
StatusDalam proses.

2. Ballon Wishes
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka di atas kertas berbentuk belon dan akan menampal kertas tersebut di atas board yang siap dihias. Selesai majlis, board tersebut akan di frame kan sebagai kenangan kepada pengantin.
Status: Siap.


3. Sticky Tree
Huraian: Ideanya seperti Balloon Wishes, bezanya kad ucapan yang ditulis berbentuk daun dan akan ditampal pada board yang dihiaskan dengan ranting. Selesai majlis, board tersebut akan di frame kan sebagai kenangan kepada pengantin.
StatusSiap


4. Pick Stick Wishes
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka di atas sekeping kertas yang kemudiannya akan dilekatkan pada lidi dan dipacak ke atas board hiasan. Selesai majlis, pengantin boleh menyimpan board hiasan beserta ucapan para tetamu.
Status Siap 


5. Classic Rock Wishes
Huraian: Tetamu akan menulis ucapan mereka di atas batu menggunakan pen khusus. Batu tersebut akan diletakkan di dalam bakul yang dihias mengikut tema perkahwinan. Selesai majlis, pihak pengantin boleh menyimpan bakul tersebut bersama-sama dengan batu yang ditulis dengan ucapan para tetamu.
Status: Dalam proses

p/s: Next update adalah table decoration...yang tersedia dalam package dan yang optional (kalau-kalau pengantin rasa nak meja guestbook atau photobooth mereka lebih meriah). The final update adalah contoh meja yang dihias bersama dengan pakej yang available. Tapi lambat sikit ya, lepas Cik Bella habis pantang. Sekarang baru hari kesepuluh. :)