Thursday, October 24, 2013

Wedding Project

Salam.

Maaf lambat betul kami mengemaskini blog ni. Sibuk, banyak benda yang perlu dikejarkan. Tempahan Felt dan tuntutan kehidupan. Alhamdulillah, tempahan bulan Oktober sudah siap sepenuhnya cuma belum diletakkan watermark jadinya kami tidak memuat naik gambar-gambar tersebut.

Untuk bulan November, Cik Bella tidak akan mengambil apa-apa tempahan custom made. Mahu berehat seketika kerana kandungan yang semakin sarat dan keadaan kesihatan yang membimbangkan. Sama-sama doakan Cik Bella.

Yang besntnyer, Insyaallah Crafty Mommy akan menyediakan perkhidmatan untuk mendekorasi photobooth atau guestbook corner untuk upacara perkahwinan. Antara hiasan yang kami sediakan ialah Wishing Tree (FREE 100 tags), Guestbook, Pomander Balls, Mr & Mrs Banner, Flower Bouquet, LOVE ornaments, Paper Fan, Paper Lantern, Vintage Decorated Cups dan Doily Paper Lanter. Semua ni akan disediakan mengikut package dan ada juga yang boleh disewa secara individually. Insyaallah, harga sewa yang kami tawarkan akan memudahkan urusan perkahwinan anda. Tidak mencekik darah. Insyaallah! :)

Ini beberapa sneak peak untuk perhiasan yang dotawarkan. Bila berkesempatan nanti, Cik Bella masukkan semua. Tawaran untuk hiasan photobooth dan Guestbook Corner ini hanya akan dibuka pada bulan November nanti. Jadi bulan ini hanya boleh booking sahaja ya. Terima kasih.






Oh ya, Crafty Mommy dah ada label sendiri. Yippi! Another achievement. May many others yet to come. Doakan! :) 


 

p/s: Banyak gambar tak boleh nak upload sebab belum letak watermark. Sorry, masa sekarang sangat suntuk nak menghadap laptop. -_-'

No comments:

Post a Comment