Monday, October 7, 2013

For A Newborn

Salam.

Sepatutnya Cik Bella bertungkus lumus menyediakan tempahan yang perlu disiapkan sebelum 27 Oktober nanti tapi setiap kali menjahit, ada saja idea yang datang mencurah-curah. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru datang bergolak. Akhirnya mulalah Cik Bella mengirimkan itu dan ini pada En.Suami untuk dibawa pulang bersama bila dia habis bekerja di petang hari. Hehehe. :D

Hasil yang pertama, menggunakan Ram iaitu gegelung bulat yang kebiasaannya digunakan untuk sulaman. Tapi Cik Bella gunakan untuk tujuan yanglain. Insyaallah ianya akan dikirimkan esok kepada seorang sahabat di Terengganu yang bakal melahirkan seorang bayi hujung bulan ini. Semoga semuanya selamat dan semoga dia bahagia menerima hadiah yang tak seberapa ni :)

Tema: Sweet Appetite.

Projek kedua masih terawang-awang dalam fikiran Cik Bella tapi rasanya patut ditangguhkan seketika suapaya dapat menyiapkan tempahan mengikut dateline.

1. Dua bantal Felt A4 due next week (tapi masih belum terima payment so belum mulakan apa-apa kerja)
2. Dua bantal Faux Hair Medium dan 4 car Signage sebelum 27 Oktober.
3. Satu bantal Velboa Medium sebelum Oktober berakhir.

Semoga semuanya siap mengikut jadual dan bolehlah Cik Bella mulakan projek baru!! :)

No comments:

Post a Comment