Thursday, February 28, 2013

Amazing Felt dan Faux Hair Pillow

Salam

Alhamdulillah, kraftangan Felt kami semakin mendapat sambutan para peminat Felt. Tempahan masuk tidak putus-putus dan terpaksa dibahagikan kepada crafter yang available. Tapi untuk tempahan bulan Februari, Cik Ayu lebih banyak menerima tempahan kerana Cik Bella sibuk dengan persiapan menghadapi peperiksaan. Manakala tempahan untuk bulan Mac, Cik Bella sudah pun menerima 5 tempahan dan 2 tempahan telah pun disiapkan bermakna Cik Bella boleh menerima sekurang-kurang tiga tempahan lagi. Cik Ayu pula baru sahaja membuka ruang bagi mereka yang mahu membuat tempahan di bulan Mac nanti.

Gambar-gambar di bawah adalah hasil terbaru daripada Cik Ayu dan Cik Bellah. Bantal Mickey dan Minnie ini di tempah melalui Cik Bella tapi oleh kerana peperiksaan yang semakin mendekat, Cik Ayu dengan baik hatinya sudi menyiapkan tempahan tersebut. Cantik kan? kalau berminat boleh minta Cik Ayu buat untuk anda pula.


Ini pula tempahan yang Cik Bella terima sebaik sahaja peperiksaan tamat. Memandangkan Crafty Mommy memperkenalkan beberapa material baru seperti Faux Hair, Flannel dan Velboa, permintaan kali ini terus sahaja menguji kepakaran Cik Bella menggunakan material yang berbeza. Walau apa pun,untuk corak pada bantal, kami masih lagi menggunakan Felt. Cantik kan bantal yang terhasil? Nak satu? Apa lagi, isi Order Form yang terletak di bahagian atas blog ini sekarang!

No comments:

Post a Comment