Thursday, February 28, 2013

Felt, Flannel, Faux Hair (Plush)

Salam

Ini adalah material yang akan digunakan untuk membuat base bantal. Para pelanggan boleh memilih jenis material yang mereka mahukan dan warna material pilihan. Untuk corak, kami masih lagi mengekalkan penggunaan Kain Felt sepenuhnya. Cuma base bantal sahaja yang mempunyai tambahan material.

Kain Cotton Flannel
A4 Size Pillow RM22
12 x 12 inch Pillow RM32

Kain Felt
A4 saiz Pillow RM20
12 x 12 inch Pillow RM30


Faux Hair
A4 saiz Pillow RM28
12 x 12 inch Pillow RM38

Akan datang.....material Velboa.




Amazing Felt dan Faux Hair Pillow

Salam

Alhamdulillah, kraftangan Felt kami semakin mendapat sambutan para peminat Felt. Tempahan masuk tidak putus-putus dan terpaksa dibahagikan kepada crafter yang available. Tapi untuk tempahan bulan Februari, Cik Ayu lebih banyak menerima tempahan kerana Cik Bella sibuk dengan persiapan menghadapi peperiksaan. Manakala tempahan untuk bulan Mac, Cik Bella sudah pun menerima 5 tempahan dan 2 tempahan telah pun disiapkan bermakna Cik Bella boleh menerima sekurang-kurang tiga tempahan lagi. Cik Ayu pula baru sahaja membuka ruang bagi mereka yang mahu membuat tempahan di bulan Mac nanti.

Gambar-gambar di bawah adalah hasil terbaru daripada Cik Ayu dan Cik Bellah. Bantal Mickey dan Minnie ini di tempah melalui Cik Bella tapi oleh kerana peperiksaan yang semakin mendekat, Cik Ayu dengan baik hatinya sudi menyiapkan tempahan tersebut. Cantik kan? kalau berminat boleh minta Cik Ayu buat untuk anda pula.


Ini pula tempahan yang Cik Bella terima sebaik sahaja peperiksaan tamat. Memandangkan Crafty Mommy memperkenalkan beberapa material baru seperti Faux Hair, Flannel dan Velboa, permintaan kali ini terus sahaja menguji kepakaran Cik Bella menggunakan material yang berbeza. Walau apa pun,untuk corak pada bantal, kami masih lagi menggunakan Felt. Cantik kan bantal yang terhasil? Nak satu? Apa lagi, isi Order Form yang terletak di bahagian atas blog ini sekarang!

Monday, February 25, 2013

Welcome Newborn!

Salam


Kami menerima tempahan ini daripada rakan sekuliah yang mahu memberikan hadiah kelainan kepada anak saudaranya yang selemat dilahirkan baru-baru ini. Seoga menjadi anak soleh ya sayang, kami di Crafty Mommy sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak anda semua dunia dan akhirat. Insyaallah!



Bantal ni saiznya 20 x 12 inci dan dijual dengan harga RM40. Siapa yang design bantal ini? Bantal ini sepenuhnya disiapkan oleh Cik Ayu kita yang berdarah manis. Kenapa berdarah manis tue? Hehehehe. Insyaallah,kita doakan yang terbaik untuk segala perancangan CIk Ayu ya. Buat sesiapa yang berminat, jangan lupa untuk isi order form. Terima kasih! :)

Friday, February 15, 2013

Happy Birthday Nusrah!

Salam

Tempahan kali ini kami terima dari rakan Diploma yang kini menetap di Perak. Alhamdulillah, ini tempahan kedua dari beliau. Kalau dulu tempahan beliau untuk dihadiahkan kepada anak sulungnya yang baru lahir, kali ini tempahan dibuat sebagai hadiah hari lahir adik kesayangan. Tempahan dijahit Cik Ayu menggunakan material yang Cik Bella guna untuk menjahit bantal berbentuk hati pada Zahra.



Terima kasih kepada pelanggan yang sabar menanti tempahan mereka untuk diap, harap semua berpuas hati.  Oh ya, insyaallah selesai peperiksaan minggu hadapan, kami akan membuat satu Facebook Page khusus untuk Crafty Mommy. Kami juga akan menyedikan beberapa template bantal yang boleh dijadikan rujukan atau sample pilihan untuk pelanggan yang berminat. Teruskan menyokong kami. Terima kasih!

Monday, February 11, 2013

Birthday Gift


Salam

Tiap kali Februari menjelang, saya selalunya akan terfikir apa agaknya hadiah yang akan saya berikan kepada roomate (sekarang dah jadi ex-roomate) saya semperna harijadi mereka. Memandangkan saya sekarang ini menganggur (buat business Felt sahaja), saya memutuskan untuk menghadiahkan mereka bantal Felt setiap satu.



Designnya simple tapi saya betul-betul suka. Waktu yang saya ambil untuk menyiapkan dua biji bantal ini pun singkat, mungkin kerana rasa excited mahu melihat reaksi mereka. Alhamdulillah, ada juga rezeki dan peluang mahu menggembirakan hati teman-teman.

Bantal untuk Zahra

Salam.

Dah lama sebenarnya saya membeli kain ini, rancangnya untuk dijadikan kain selimut dalam projek Felt "Baby Sleeping Set", tapi memandangkan sambutan yang kurang memuaskan (saya hanya menerima satu tempahan sahaja), saya menggunakan kain tersebut untuk membuat bantal. Ini hasilnya, bantal berbentuk hati untuk anak sulung saya. Bangun saja pagi terus dia memeluk bantal tersebut dan petah memberitahu saya, "cantik, cantik" sambil memeluk bantal tersebut. Apa lagi,saya mengambil kesempatan moodnya yang baik untuk posing. :)



Alhamdulillah, sebaik sahaja gambar ini dinaikkan di FB, saya menerima beberapa tempahan untuk bantal yang lebih kurang sama. Insyaallah bantal-bantal tersebut akan disiapkan Cik Ayu memandangkan saya sibuk dengan 'special exam' yang bakal menjelang seminggu sahaja lagi. Insyaallah juga, gambar bantal yang sudah disiapkan akan saya update di entri akan datang.