Saturday, April 19, 2014

Handmade Card

Salam

Ini benda baru yang Cik Bella terjebak selepas terjumpa buku yang Cik Bella tenung lama-lama dekat kedai buku di Amcorp Mall. Maaf la, lupa pula nama kedai buku tu kan, tapi yang pasti kedai buku tu super awesome sebab memang buat Cik Bella meleleh duduk situ sambil merenung puluhan buku sambil berfikir, "Aku kena beli semua ni!".

Last-last, Cik Bella grab dua jer. Nasib baik poket kosong waktu tu tau. Kadang-kadang syukur juga tak berduit kadangkala, kalau tidak habis Cik Bella sawan shopping. Cik Bella bab menahan perbelanjaan memang sedikit fail, maklumlah dekat uni dulu mana ada subjek macam ni kan...so FAIL! Kalau duit kat tangan, mula la nak berbelanja pergi kedai buku atau kedai makan. So kita pun simpan la dekat bank. Tapi bila online, lebih teruk pula jadinya sebab klik, klik, klik jer...terus esok lusa posmen hantar barang kat pintu umah Cik Bella. Suami jeling jer. Sebab banyak belanja and sebab Cik Bella lagi excited posmen sampai berbanding dia balik. Ampun bang~ Hahahaha :D

Eh, dah ter-menyimpang pula. Ok la, ini hasil dari kegilaan baru Cik Bella. You all kalau ada nak tempah personalized punya just mesej atau whatsapp Cik Bella jer k. Bye~










No comments:

Post a Comment