Friday, December 27, 2013

Langkah Baru 2014

Salam

Maaf, lama benar Craft Mommy bercuti. Cik Bella sekarang sedang menghitung hari untuk bersalin anak yang ketiga. Cik Ayu, masih lagi menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan. Tapi......Cik Ayu sudah kembali menerima tempahan. So sesiapa yang berminat, boleh isi borang tempahan dan pilih Cik Ayu sebagai crafter anda. :)

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk melakukan kebaikan. 2013 akan melabuhkan tirai dan 2014 akan muncul dengan harapan baru. Kami berharap tahun ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan keberkatan dalam kehidupan anda semua.

Insyaallah, tahun 2014 Crafty Mommy akan meluaskan bidang felt kami. Dari kraftangan yang boleh dijadikan cenderahati, Crafty Mommy akan menjadikan Felt sebahagian daripada hari bersejarah anda. Insyaallah 2014 nanti, Crafty Mommy akan datangkan pakej perkahwinan untuk photobooth dan guestbook corner yang berpatutan. Dan sekali lagi Insyaallah, produk yang dihasilkan adalah berasakan Felt.

Semuanya masih lagi di dalam proses persiapan, dan Cik Bella di dalam kekalutan mahu bersalin pun tetap bersemangat menyediakan dekorasi meja photobooth dan guestbook corner satu persatu. Di sini kami sediakan beberpa keping gambar untuk tatapan anda semua. Sesiapa yang berminat, mahu menjemput kami menceriakan hari perkahwinan anda, boleh Whatsapp. WeChat atau SMS +6012-2118905 (Cik Bella) untuk tempahan sekarang. Insyaallah, ada tawaran hebat untuk New Year Sale. :)








Nantikan kemunculan pelbagai hiasan yang lebih menarik dan comel dari Crafty Mommy :)

No comments:

Post a Comment