Friday, September 27, 2013

Lama Menyepi

Salam

Mintak maaf banyak-banyak pada beberapa customer yang Crafty Mommy terlepas pandang email mereka. Bukan nak sombong atau apa, tapi semenjak Cik Ayu kahwin dan Cik Bella disahkan pregnant (lagi?), aktiviti Crafty Mommy agak tergendala. So, mintak maaf sekali lagi. Insyaallah, emel-emel selepas ini kami akan balas dalam masa 24 jam.

Buat masa ini, Cik Ayu masih lagi ber-honeymoon dan belum pun mula menjahit. Kita bagi can pada Cik Ayu menikmati dan melayari bahtera rumah tangga yang dibina. Jadi untuk semua tempahan yang akan datang, semuanya akan dijahit oleh Cik Bella yang sedang boyot. Kalau ada special request yang mahukan hasil seni dari Cik Ayu juga, tak ada masalah cumanya Cik Ayu tak dapat nak buat urgent request ya. Keutamaan hanya diberikan pada customer yang sanggup menunggu sahaja.

Last but not least, ini beberapa keping gambar kahwin Cik Ayu untuk tatapan ramai. Tak ada kena mengena dengan Felt pun tapi kita layankan jer ok. :)




No comments:

Post a Comment