Friday, September 27, 2013

Pulun Menjahit

Salam

Alhamdulillah, Cik Bella masih diberi kekuatan untuk menyambung semula hobi yang kini menjadi side income untuk berjoli iaitu ber-Felt-ing. Ini antara hasil-hasilnya, kita review satu persatu k. (Mood: Rajin menaip!.

Netbook Sleeve

Ini kali pertama Cik Bella menerima tempahan nak Netbook Sleeve tapi disebabkan rasa nak menjahit tu menggebu di dalam sanubari ni so Cik Bella terima tempahan ini sebagai satu cabaran. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan selepas di test dengan Netbook ayah Cik Bella. Komen customer? Masih tak terima feedback, complain pun tak...so kat sini kita assume OK la semua kan. Insyaallah.


Bantal A4: Material Flannel

Yup, ini menggunakan kain Flannel, serasanya ini tempahan terakhir yang CIk Bella akan ambil untuk kain Flannel sebab kualiti kain dia tak memuaskan hati Cik Bella sendiri. Belum ada customer yang complain tapi, kenapa nak tunggu orang complain kan? Nanti kita juga yang kecil hati kalau dapat harsh comment. Hurm.. -_-



Velboa: Beg Telekung

Cik Bella truly happy with this one sebab hasilnya sangatlah awesome. Kain Velboa sentiasa menambat hati so Insyaallah after this akan ada banyak kain Velboa yang akan diborong. Korang jangan lupa check it out k. Pilih warna mana yang menambat hati dan menawan kalbu. Yahoo!

 Denim: Beg Quran

Actually ideanya sama macam laptop sleeve tapi tuannya nak untuk letak Al Quran. Cik Bella puas hati juga dengan hasil yang ini. Walaupun dalam kepala nak design macam-macam tapi tuan dia dah pesan nak design simple jer so tak boleh la Cik Bella nak syok sendiri kan.

 Velboa Pillow

Yup, another Velboa pillow request, alhamdulillah walaupun terima order ni dalam keadaan urgent, hasilnya agak menarik dan yang paling best sampai pada owner dia on time so sempat la dia nak surprisekan kakak dan kawan dia kan. Happy Birthday you alls. Nanti order Felt ngan Cik Bella lagi ok. :p



Faux Hair: Makeup Pouch

Last but not least, tempahan terakhir untuk bulan September, makeup pouch dari material Faux Hair. Dah lama betul Cik Bella tak mengerjakan kain ni, so ada la dia semakin berbulu mata di dalam almari. Huhuhu. Tempahan ini actually dari saudara Cik Bella yang berkunjung ke rumah dan secara tak sengaja mama Cik Bella terpromosi pula hasil tangan anak dia kan. huhuhu. Thank mama! :)


Siap ada zip dan magnet lagi ok. Untuk sesiapa yang berminat dengan mana-mana kraftangan Crafty Mommy, boleh emel terus ke crafty2mommy@gmail.com atau whatsapp 012-2118905 (Cik Bella). Jumpa lagi. Salam. 

Lama Menyepi

Salam

Mintak maaf banyak-banyak pada beberapa customer yang Crafty Mommy terlepas pandang email mereka. Bukan nak sombong atau apa, tapi semenjak Cik Ayu kahwin dan Cik Bella disahkan pregnant (lagi?), aktiviti Crafty Mommy agak tergendala. So, mintak maaf sekali lagi. Insyaallah, emel-emel selepas ini kami akan balas dalam masa 24 jam.

Buat masa ini, Cik Ayu masih lagi ber-honeymoon dan belum pun mula menjahit. Kita bagi can pada Cik Ayu menikmati dan melayari bahtera rumah tangga yang dibina. Jadi untuk semua tempahan yang akan datang, semuanya akan dijahit oleh Cik Bella yang sedang boyot. Kalau ada special request yang mahukan hasil seni dari Cik Ayu juga, tak ada masalah cumanya Cik Ayu tak dapat nak buat urgent request ya. Keutamaan hanya diberikan pada customer yang sanggup menunggu sahaja.

Last but not least, ini beberapa keping gambar kahwin Cik Ayu untuk tatapan ramai. Tak ada kena mengena dengan Felt pun tapi kita layankan jer ok. :)