Friday, April 5, 2013

Booth di UIAM

Salam.

Insyaallah seperti yang digambarkan oleh tajuk, Crafty Mommy akan membuka booth di UIA bersemperna dengan Kuliyyah Education Student Bazaar. Dalam waktu yang sama juga berlangsung event terbesar UIA iaitu SRC Carnival. Booth Crafty Mommy akan berada di perkarangan Kuliyyah Education, berseberang dengan sungai di Cafe Kuliyyah Human Sciences.

Untuk sesiapa yang punya kelapangan, sudi-sudilah berkunjung ke UIAM dan singgah di booth kami yang menyajikan pelbagai hasil kraftangan yang comel-comel. Booth akan dibuka bermula hari Isnin sehingga hari Khamis jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Selain dari ready stock yang tersedia, kami juga membuaka ruangan untuk sesiapa yang mahu menempah bantal atau apa jua kraftangan secara eksklusif (custom made). Tak lupa juga promosi bengkel pertama kami yang kini hampir penuh. Hanya beberapa tempah saja lagi yang kosong. Tunggu apa lagi? Jom sertai aktiviti kami di UIA! :)


Ini produk terbaru Crafty mommy, hasil tangan Cik Bella ya. Family Tree photo frame! Yippi! :) Oh,kalau ada yang mahu photo frame yang lebih serius seperti Allah SWT dan Muhammad SAW, pun boleh. Cepat order sebelum crafter-crafter Crafty Mommy fully booked!


No comments:

Post a Comment