Thursday, April 25, 2013

Marathon Tempahan April

Salam

Alhamdulillah, limpah rezeki dari Allah SWT. Selepas membuka booth di UIAM tempoh hari, Crafty Mommy menerima banyak tempahan custom made yang datang dengan pelbagai permintaan design. Oleh kerana ingin memenuhi kehendak pelanggan dan di tambah dengan perasaan tidak mahu mengecewakan permintaan pelanggan, Cik Bella mengambil inisiatif untuk menyiapkan tempahan, 1 hari 1. Setakat ini,semuanya siap di dalam jadual seperti yang telah dipersetujui dengan pelanggan. Alhamdulillah, Allah memberikan kudrat dan kesenangan untuk mengembirakan hati orang lain.

Ini beberapa tempahan yang Cik Bella sudah pun siapkan. Dan disebabkan marathon menyiapkan tempahan ini lah, blog Crafty mommy tidak terusik untuk lebih kurang seminggu lamanya. Sekali lagi, Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan Illahi dan terima kasih juga untuk pelanggan yang meminati hasil kraftangan Crafty Mommy sekaligus memberikan kepercayaan kepada kami untuk membuat kraftangan custom made untuk anda. :)














Untuk yang berminat, boleh isi borang tempahan di sini. :)

Saturday, April 20, 2013

Updating Ready Stock Items

Salam

Ini beberapa ready stock yang tersedia. Insyaallah akan ditambah dari hari ke hari supaya mudah Crafty Mommy untuk join mana-mana booth yang akan dibuka. Insyaallah :)









Tuesday, April 16, 2013

Bengkel Felt (Siri 1): Tutorial Menjahit Sarung HP dan Keychain

Salam.

Ini gambar sekitar Bengkel yang kami jalankan. Insyaallah, bengkel kedua akan menyusul nanti. Terima kasih atas sokongan dan sambutan yang memberangsangkan. Crafty Mommy love you all~ 















Monday, April 8, 2013

Felt Craft di IIUM

Salam.

Alhamdulillah, hari ini hari pertama Crafty Mommy membuka booth di IIUM a.k.a UIAM :) Sambutan agak memberangsangkan untuk hari pertama walaupun tidaklah sehangat SRC Carnival yang khemahnya panjang berjala. Tapi apa-apa pun, Crafty Mommy tetap bersyukur untuk rezeki yang Allah kurniakan. Walaupun lokasi tak strategik dan event yang Crafty Mommy terpaksa compete dengan event yang lebih besar, sambutan masih lagi suam-suam kuku..bukanlah sehingga mencecah dingin beku :)








p/s: Adik Cik Bella...pembantu setia :)

Saturday, April 6, 2013

Bantal Faux Hair dan Velboa

Salam.

Alhamdullillah, eberapa tempahan yang diterima untuk bulan April siap lebih awal dari jadual. Insyaallah Cik Bella akan bergerak ke tempahan yang seterusnya sebaik sahaja selesai urusan booth yang akan dibuka Isnin nanti di UIA. :)

Untuk tatapan peminat kraftangan:



Friday, April 5, 2013

Booth di UIAM

Salam.

Insyaallah seperti yang digambarkan oleh tajuk, Crafty Mommy akan membuka booth di UIA bersemperna dengan Kuliyyah Education Student Bazaar. Dalam waktu yang sama juga berlangsung event terbesar UIA iaitu SRC Carnival. Booth Crafty Mommy akan berada di perkarangan Kuliyyah Education, berseberang dengan sungai di Cafe Kuliyyah Human Sciences.

Untuk sesiapa yang punya kelapangan, sudi-sudilah berkunjung ke UIAM dan singgah di booth kami yang menyajikan pelbagai hasil kraftangan yang comel-comel. Booth akan dibuka bermula hari Isnin sehingga hari Khamis jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Selain dari ready stock yang tersedia, kami juga membuaka ruangan untuk sesiapa yang mahu menempah bantal atau apa jua kraftangan secara eksklusif (custom made). Tak lupa juga promosi bengkel pertama kami yang kini hampir penuh. Hanya beberapa tempah saja lagi yang kosong. Tunggu apa lagi? Jom sertai aktiviti kami di UIA! :)


Ini produk terbaru Crafty mommy, hasil tangan Cik Bella ya. Family Tree photo frame! Yippi! :) Oh,kalau ada yang mahu photo frame yang lebih serius seperti Allah SWT dan Muhammad SAW, pun boleh. Cepat order sebelum crafter-crafter Crafty Mommy fully booked!


Monday, April 1, 2013

Marathon Felt

Salam.


Ini tempahan yang diterima Cik Ayu. Cik Ayu sekarang sedang marathon menghabiskan tempahan bulan Mac. Lari sedikit dari jadual kerana beberapa faktor tapi insyaallah kualiti tempahan tetap yang terbaik!





Ini pula tempahan-tempahan Cik Bella untuk bulan April. Alhamdulillah,semuanya berjalan mengikut jadual. Tempahan bulan April masih di buka.Kalau ada yang berkenan di hati,cepat-cepat isi borang tempahan sebelum bulan April penuh! :)