Saturday, May 11, 2013

Marathon Tempahan Mei

Salam

Mohon maaf buat mereka yang ternanti-nanti update dari kami. Bulan ini memang sangat sibuk. Cik Ayu sedang bersiap sedia mahu menuju ke hari bahagia manakala Cik Bella pula seibuk dengan tugas ibu dan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan hujung Mei nanti.

Di sini ada beberapa tempahan yang Cik Bella siapkan. Maaflah tak sempat bercerita untuk setiap satu tempahan,hanya sempat menaikkan gambar secara 'pukal' sahaja. Enjoy! :)













Thursday, April 25, 2013

Marathon Tempahan April

Salam

Alhamdulillah, limpah rezeki dari Allah SWT. Selepas membuka booth di UIAM tempoh hari, Crafty Mommy menerima banyak tempahan custom made yang datang dengan pelbagai permintaan design. Oleh kerana ingin memenuhi kehendak pelanggan dan di tambah dengan perasaan tidak mahu mengecewakan permintaan pelanggan, Cik Bella mengambil inisiatif untuk menyiapkan tempahan, 1 hari 1. Setakat ini,semuanya siap di dalam jadual seperti yang telah dipersetujui dengan pelanggan. Alhamdulillah, Allah memberikan kudrat dan kesenangan untuk mengembirakan hati orang lain.

Ini beberapa tempahan yang Cik Bella sudah pun siapkan. Dan disebabkan marathon menyiapkan tempahan ini lah, blog Crafty mommy tidak terusik untuk lebih kurang seminggu lamanya. Sekali lagi, Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan Illahi dan terima kasih juga untuk pelanggan yang meminati hasil kraftangan Crafty Mommy sekaligus memberikan kepercayaan kepada kami untuk membuat kraftangan custom made untuk anda. :)














Untuk yang berminat, boleh isi borang tempahan di sini. :)

Saturday, April 20, 2013

Updating Ready Stock Items

Salam

Ini beberapa ready stock yang tersedia. Insyaallah akan ditambah dari hari ke hari supaya mudah Crafty Mommy untuk join mana-mana booth yang akan dibuka. Insyaallah :)









Tuesday, April 16, 2013

Bengkel Felt (Siri 1): Tutorial Menjahit Sarung HP dan Keychain

Salam.

Ini gambar sekitar Bengkel yang kami jalankan. Insyaallah, bengkel kedua akan menyusul nanti. Terima kasih atas sokongan dan sambutan yang memberangsangkan. Crafty Mommy love you all~ 















Monday, April 8, 2013

Felt Craft di IIUM

Salam.

Alhamdulillah, hari ini hari pertama Crafty Mommy membuka booth di IIUM a.k.a UIAM :) Sambutan agak memberangsangkan untuk hari pertama walaupun tidaklah sehangat SRC Carnival yang khemahnya panjang berjala. Tapi apa-apa pun, Crafty Mommy tetap bersyukur untuk rezeki yang Allah kurniakan. Walaupun lokasi tak strategik dan event yang Crafty Mommy terpaksa compete dengan event yang lebih besar, sambutan masih lagi suam-suam kuku..bukanlah sehingga mencecah dingin beku :)








p/s: Adik Cik Bella...pembantu setia :)