Saturday, April 19, 2014

Popsicle Stick Craft

Salam

Ampun semua. Tahu lama dah Cik Bella tak update blog ni kan. Maaf sekali lagi, memang busy tahap tak cukup tangan, tak cukup rehat dan tak cukup tidur. Ada kerja-kerja wedding untuk Guestbook Corner di Penang, ada 14 set photoprops yang akan disiapkan dan bertungkus lumus nak buat ready stock untuk booth yang akan dibuka di UiTM pada 28 April hingga 4 Mei nanti. Insyaallah.

So untuk update kali ni, Cik Bella sekali lagi mengelat. Tak banyak boleh cerita sebab tak sempat, anak dok menjerit-jerit minta susu...so Cik Bella update gambar jer la yer. kalau nak order bantal ke, apa kraftangan Felt ke...atau Guestbook Corner ke...just whatsapp Cik Bella 012-2118905 k. Bye love~


















Tuesday, April 8, 2014

Birthday Party

Salam.

Dah lama sebenarnya birthday party ini berlalu tapi Cik Bella baru sahaja berkesempatan bercerita mengenainya hari ini. Harap-harap ingatan Abah pada surprise birthday party yang kami rancangkan masih segar lagi...dan masih tersemat rapi. Insyaallah tahun depan kami buat lagi ya. :)

Macam biasa, selaku event planner kecil-kecilan dan crafter felt besar-besaran, Cik Bella selitkan juga hasil tak seberapa tanganku ini untuk memeriahkan majlis. Sesiapa yang berminat nak buat birthday party, nak ada props dan cake toppers boleh contact Cik Bella okay! Event kecil-kecilan untuk family pun best tau bila ada props untuk selfie. :)






Sekian dulu ya. nanti kita update lagi. Gambar tempahan bulan Mac dan April sekaligus. By the way, Mei Cik Bella buka booth di UiTM, korang follow tau! :) Berminat? SMS/Whatsapp 012-2118905

Tuesday, April 1, 2014

Crafty Mommy di UKM

Salam

Alhamdulillah, selesai sudah segala urusan untuk hujung minggu yang lalu. Memang betul-betul sibuk Cik Bella dibuatnya. Hiasan meja Guestbook di Bangi pada hari Sabtu dan booth di UKM pada hari Ahad. Penat tapi puas hati sebab ini memang minat Cik Bella, ber-kraftangan (crafting).

Terima kasih untuk yang support Cik Bella and the team. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan. Ok lah, malas nak bebel panjang. Gambar untuk guestbook corner untuk wedding di Bangi, you all boleh tengok di blog I DO WEDdING. Kat sini Cik Bella tepek gambar booth di UKM jer okay!

p/s: Nanti tepek banyak-banyak gambar sekaligus, you all pula yang pening kan... :p







Wednesday, March 12, 2014

Booth di Eh Eh Bazaar

Salam.


Insyaallah Crafty Mommy bersama dengan I DO WEdING akan berada di Bangi Gateway pada 22 dan 23 Mac bermula jam 11 pagi sehingga 7 petang.  Harap sayang-sayang semua datang dan beri sokongan kepada kami ya.

Crafty Mommy akan mendatangkan bantal-bantal Velboa dengan design yang lebih menarik dan tersendiri. Waktu ni boleh la you all, rasa sendiri matrerial Velboa tu macam mana. Kami juga membuka tempahan untuk bulan April, jadi sesiapa yang rasa nak buat tempahan dengan kami boleh ke sana dan kita akan bincang secara face to face sampai kita puas hati tentang handmade yang specially custom made for you!







I DO WEDdING pula akan mempamerkan beberapa hiasan guestbook coner pada hari tersebut. All bride to be boleh datang, tengok sendiri perhiasan yang digunakan untuk menghias meja guestbook. Kat situ, kita boleh discuss secara details pasal your wedding, warna yang nak digunakan, decoration mana yang nak, decoration mana yang tak nak...then kami akan bagi quotation baru. Jangan risau, semuanya adjustable according to your budget ok!. Kalau ada yang berminat untuk membuat tempahan, ada promosi menarik yang akan menanti. Tunggu apa lagi, jom la jimat untuk kos kahwin supaya boleh saving untuk pergi honeymoon kat tempat best!




So, jangan lupa support kami ya. Semoga kunjungan, doa dan apa jua bentuk sokongan Allah balas dengan sebaik-baik kebaikan. Ameen. See you all at Eh Eh Bazaar!