Tuesday, March 12, 2013

Bantal Felt Tempahan Bulan Mac ::In Progress::

Salam.

Ini beberapa bantal yang kami usahakan untuk disiapkan sebelum Mac berakhir. Sedikit preview untuk memberi inspirasi pada anda-anda yang mahu menempah bantal dengan kami April nanti. :p


Yang ini tempahan yang sedang disiapkan Cik Ayu. Bantal bertemakan happy family. Sesiapa yang berminat dengan bantal bermotifkan seperti ini boleh memilih Cik Ayu sebagai crafter pilihan mereka.




Ini pula tempahan yang sedang disiapkan Cik Bella. Nampak seperti lebih banyak daripada Cik Ayu tapi hakikatnya sama sahaja tapi Cik Bella lebih gemar menggunting semua tempahan terlebih dahulu dan kemudian baru menjahitnya satu persatu. berbeza dengan Cik Ayu yang terus menyiapkan setiap tempahan dengan sempurna. :)

Berminat? Sila isi borang tempahan di ruangan atas blog.

Monday, March 11, 2013

Please Adopt Us!


Salam.






Comelkan? RM0.70 jer satu sayang-sayang semua. Apa lagi, ajak kawan-kawan ramai-ramai beli dengan Crafty Mommy! :)

Friday, March 8, 2013

Bunga Telur Felt

Salam

Alhamdulillah Crafty Mommy kini berkesempatan menghasilkan bunga telur dari kain Felt. Lepas ni, kalau ada peminat Felt yang mahukan kelainan di majlis mereka bolehlah tempah dengan kami. Insyaallah kami akan bagi murah untuk tempahan yang banyak. :)



Thursday, March 7, 2013

Powerpuff Girl!

Salam

Ini tempahan terbaru yang diterima Cik Ayu. cantik kan? Alhamdulillah semuanya menjadi dengan baik. Lepas ni ada beberapa tempahan yang memerlukan kreativiti melukis dan menjahit karakter seperti ini akan menyusul lagi. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Sesiapa yang berminat boleh isi form di ruangan atas blog dan pilih Cik Ayu sebagai crafter. :)



Saturday, March 2, 2013

Faux Hair Sling Bag

Salam

Ini antara tempahan yang Cik Bella terima untuk bulan Mac. Baru beberapa hari masuk bulan Mac,tempahan ini sudah Cik Bella siapkan. Bukannya apa, takut nanti bila tertangguh banyak pula tempahan yang terpaksa ditolak atau lari dari dateline. Kami di Crafty Mommy kalau boleh mahu menjaga kepuasan pelanggan semampu mungkin.

Ini kali pertama Cik Bella membuat Sling Bag, Alhamdulillah, percubaan pertama ini membuahkan hasil yang memberangsangkan. Untuk mereka yang mahukan tutorial tentang cara membuat Sling Bag ini, bolehlah mengunjungi personal blog Cik Bella. Semoga tutorial itu bermanfaat unuk semua.


Terima kasih Afiqah kerana memberikan kepercayaan kepada Cik Bella yang langsung tidak ada pengalaman membuat Sling Bag. Harap Afiqah suka dengan hasilnya. Order lagi nanti yer! :)