Sunday, December 14, 2014

Supply Barangan Kraftangan Felt

Salam

Alhamdulillah, walaupun Cik Bella terpaksa berehat seketika daripada dunia kraftangan, Allah tetap juga memberi kesempatan untuk Cik Bella menjual barangan keperluan untuk menghasilkan kraftangan Felt. Beberapa barangan seperti Kain Felt (yang boleh dibeli secara meter), butang-butang comel, butang kayu (Wooden Button), Resin atau Flatback Button, Charms (oleh dijadikan hiasan bantal atau gelang tangan Pandora Inspired) dan sebagainya.

Ada beberapa lagi barangan yang Cik Bella masih belum berkesempatan untuk muat naik ke dalam album di Facebook. Antaranya butang huruf (alphabet button, precut (huruf dan pelbagai corak), material kain seperti Velboa, Faux Hair dan peralatan (keychain, HP strap, jump ring and etc.). Semua item ini Cik Bella akan muat nak secara berperingkat. Insyaallah.






Cik Bella juga bercadang untuk mewujudkan group Whatsapp Felt for Beginners bagi membantu mereka yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang Felt dengan lebih serius. Bidang Felt ini adalah salah satu bidang yang memerlukan modal yang kecil untuk memulakan perniagaan. Hasilnya menguntungkan. Tapi jangan pula tidak bersungguh-sungguh, walau apa jua bidang yang kita ceburi kesungguhan dan doa itu kunci kepada kejayaan.

Siapa yang berminat untuk bersama-sama dengan Cik Bella menimba ilmu mengenai kraftangan Felt, boleh tinggalkan no telefon di FB Crafty Mommy atau di ruangan komen di bawah post ini. Tapi syarat untuk memasuki group tersebut ialah anda perlu membeli kain Felt daripada Cik Bella terlebih dahulu :)

Saturday, December 6, 2014

Beli Felt. Borong Felt. Kraftangan Felt.

Salam

Memandangkan Cik Bella sekarang sedang berehat dari mengambil sebarang tempahan Felt,..banyak masa kosong Cik Bella gunakan untuk berfikir, macam mana ya, nak terlibat dengan Felt juga! So....dengan lafaz bismillah, Cik Bella mulakan penjualan barang-barang raw material untuk mereka yang mahu menceburi bidang Felt.

Mula-mula sekali kita jual Kain Felt dulu ya. Insyaallah Felt yang Cik Bella jual ini bermutu tinggi dan tidak mudah berbulu. Tak juga terlalu tebal mahupun terlalu nipis. Inilah Felt yang Cik Bella gunakan untuk semua tempahan yang Cik Bella terima. Siapa yang pernah menempah kraftangan Felt dengan Cik Bella, Insyaallah tahu kualiti Felt yang Cik Bella jual ini kualiti yang baik.

Harga:

RM12 untuk 1 meter
RM7 untuk 1/2 meter

Kos Penghantaran RM7 untuk 1kg yang pertama dan RM2 untuk kg seterusnya.
Penghantan hanya akan dilakukan seminggu sekali sahaja. (Melainkan ada bulk order)

Berikut kod warna kain Felt yang ada.




Insyaallah, akan datang Cik Bella akan upload lebih banyak lagi bahan macam precut Felt yang cantik-cantik (bentuk rama-rama, kereta, rusa, burung hantu and etc), butang yang warna warni, peralatan (keychain, jump ring, HP strap and etc) and yang paling istimewa yang memang akan membantu korang semua dalam penghasilan kraftangan ni ialah precut Font (huruf) dan applique (gambar  pengantin, lelaki, perempuan, teddy bear and etc). Tunggu ya.

Untuk tempahan dan update yang lebih cepat LIKE FB Crafty Mommy dan FOLLOW Instagram @crafty2mommy ya! Atau boleh juga whatsapp 0122118905. Thank you :)

p/s: I belanja gambar kraftangan Felt ya ;)





Ini bantal...kalau kraftangan lain? I belanja gambar lagi....semua dari Felt juga!




Ini versi bag. Kalau nak DIY kahwin bagi best macam mana? Pun boleh...nah untuk inspirasi U olls okay!







Best kan? Tunggu apa lagi? Jom order Felt dari Crafty Mommy. Insyaallah, siapa yang order dengan Cik Bella, Cik Bella akan layan segala macam pertanyaan untuk hasilkan kraftangan ni. Silap hari bulan, Kalau ramai sangat beginners yang nak ilmu, kita set up group whatsapp untuk kita chit chat k. So tunggu apa lagi, order cepat!

Tuesday, September 16, 2014

Oh Hoi! Bantal Felt Bentuk Love!

Salam

Ya, ya, ya...ini 1st time Cik Bella buat bantal Felt bentuk LOVE! I olls suka sangat! Kalau U olls suka, U olls tempah dengan I k. Whatsaap jer 012-2118905. Nanti I reply, isnyaallah! Maaf la tak boleh sembang banyak, U olls tengok gambar k. Daa~


 

Nak jimat masa and ruang Cik Bella selit la sekali gambar bantal petak boleh? U olls jangan la berkira pula. Bukan Cik Bella malas nak update berasingan...cuma jimat masa jer. Boleh ya noks? Hehehehe. Boleh lettew!




Cuti Panjang

Salam

Maaf ya, lama sebenanrnya Cik Bella akan bercuti kali ini. Terkilan juga bila terpaksa menolak puluhan permintaan untuk bantal velboa. Niat Cik Bella memang mahu menjahit, geram jer rasa nak memegang jarum dan benang...melukis di atas felt, menggunting, menampal dan mejahit! Rindu nak berkraf (menangis). Tapi apakan daya, kesihatan yang dikhuatiri membahayakan nyawa (tidak berlebihan ya) ini perlu dititik beratkan. Cik Bella dinasihatkan berehat sepenuhnya oleh doktor. Siap ditawarkan surat cuti selama 2 bulan sekiranya ada majikan. Memandangkan kerja sendiri...so sendiri majikan...so tahu-tahu sendiri sajalah.

Jadi Cik Bella mintak maaf sangat-sangat pada yang kecewa tak dapat tempah bantal. Insyaallah, ada umur yang panjang dan kelapangan yang diberikan Allah, Cik Bella akan kembali ber-karya. Apa-apa pun diharap semua yang sudi dapat mendoakan Cik Bella. Terima kasih yang atas sokongan yang berterusan tu, Cik Bella hargai sangat-sangat.

p/s: By the way, kalau nak beli bantal yang ready stock tak ada masalah. Boleh whatsapp no Cik Bella k.. 012-2118905

Saturday, May 24, 2014

Photoprops dan Wishing Tags.

Salam

Update gambar adalah seperti tajuk di atas. Harap maklum. (busy, tak sempat nak menaip. Bye!)





Handmade Card Lagi!

Salam

Maaf ya you all....Cik Bella tak sempat nak cerita panjang. Kalau cerita panjang tak sempat pula nak update semua. Tengok gambar jer ya. Ok bye! :p











Tuesday, May 13, 2014

Booth di Dataran Cendekia, UiTM

Salam

Alhamdulillah dah selesai dah di antara event besar bulan April dan Mei. Crafty Mommy, bergabung tenaga dengan Dell's Deli dan Pustaka Ittihad buka booth di Dataran Cendekia UiTM. Lama juga kami berkampung di sana, seminggu a.k.a 7 hari. Cik Bella tak sempat nak cerita panjang-panjang sebab banyak order yang perlu disiapkan so you all tengok gambar jer la k. You all kan pandai bab-bab visualized ni. So, visualized jer la keadaan booth Cik Bella kat sana k. Hehehehe :P