Monday, March 25, 2013

Selamat Pengantin Baru

Salam


Baru-baru ini bantal dari Crafty Mommy jauh mengembara ke Johor Bharu memenuhi jemputan perkahwinan seorang sahabat. Kalau nak diceritakan pengalaman Cik Bella dan pengalaman kali pertama ke  Johor, eloklah di ceritakan di blog peribadi Cik Bella. Di sini, Cik Bella hanya nak kongsikan gambar pengantin dan bantal dari Crafty Mommy!



Cantikkan pengantin bersama bantal.. Tunggu apa lagi,jadikan Crafty mommy sebahagian dari hari bersejarah anda!

Sunday, March 24, 2013

Friday, March 22, 2013

Ready Stock Belum Ready?

Salam

Tengok sahaja ada iklan sewaan tapak yang akan dibuka di UIA, cepat-cepat Crafty Mommy membuat permohonan untuk membuka tapak jualan. Harapnya peluang itu masih dibuka dan tapak sewaan masih belum penuh. Walaupun baru sahaja merancang dan sewaan tapak masih belum confirm, Crafty Mommy sudah pun bertungkus lumus menyiapkan stok yang bakal di jual di tapak yang akan dibuka.

Kalau tak dapat tapak sewaan macam mana? Kalau tidak ada rezeki, jawabnya semua ready stock itu akan diusahakan untuk dijual di FB Crafty Mommy dan blog ini lah jawabnya. Apa-apa pun jika ada sesiapa yang berminat, anda masih boleh membuat tempahan yang serupa dengan ready stock yang kami sediakan. Tambah best, tempahan itu boleh ditambah dengan beberapa perkataan ringkas. Tunggu apa lagi, cepat sebelum Crafty Mommy fully booked!


Ready stock yang masih belum ready. Ada yang berminat? Jom order! Klik sini.

Thursday, March 21, 2013

Tempahan Felt dari Runnia Adihah

Salam


Ini tempahan terakhir untuk bulan Mac. Alhamdulillah,dengan siapnya tempahan ini maka tempahan untuk bulan April sudah pun dibuka dan buat masa ini Crafty Mommy telah pun menerima 5 tempahan untuk disiapkan pertengahan April. Jadual April masih boleh di isi, jadi untuk sesiapa yang berminat, anda masih lagi boleh membuat tempahan dengan mengisi borang tempahan dia bahgaian atas blog ini.

Untuk tatapan penutup bulan Mac. 1 bantal bersaiz sederhana daripada material Flannel dan 2 car signage sepenuhnya dari material Felt. :)




Berminat? Isi borang tempahan di sini. :)

Tuesday, March 19, 2013

Bengkel Felt: Siri 1

Salam.

Alhamdulillah, akhirnya Crafty Mommy berpeluang juga merancang untuk mengadakan bengkel untuk menjahit Felt. Insyaallah di bengekl ini nanti kami akan usahakan untuk mengajar para peserta bagaimana menjahit sarung HP dan keychain. Semua peralatan dan keperluan akan disediakan oleh Craft Mommy, jadinya peserta hanya berlenggang sahaja datang ke bengkel ini nanti. Oh ya, jangan lupa bawak perut sekali kerana kami akan menyediakan minum petang untuk setiap peserta yang datang. 

Tunggu apa lagi? Jom daftar sekarang!


p/s: Tempat terhad ya, siapa cepat dia dapat! :)

Thursday, March 14, 2013

Happy Marriage!

Salam

Tempahan ini untuk dihadiahkan kepada mereka yhang bakal berkahwin 24 Mac 2013 nanti. Semoga perkahwinan yang bakal dibina mendapat rahmat daripada Allah SWT dan kekal hingga ke syurga. Ameen.



Tuesday, March 12, 2013

Bantal Felt Tempahan Bulan Mac ::In Progress::

Salam.

Ini beberapa bantal yang kami usahakan untuk disiapkan sebelum Mac berakhir. Sedikit preview untuk memberi inspirasi pada anda-anda yang mahu menempah bantal dengan kami April nanti. :p


Yang ini tempahan yang sedang disiapkan Cik Ayu. Bantal bertemakan happy family. Sesiapa yang berminat dengan bantal bermotifkan seperti ini boleh memilih Cik Ayu sebagai crafter pilihan mereka.




Ini pula tempahan yang sedang disiapkan Cik Bella. Nampak seperti lebih banyak daripada Cik Ayu tapi hakikatnya sama sahaja tapi Cik Bella lebih gemar menggunting semua tempahan terlebih dahulu dan kemudian baru menjahitnya satu persatu. berbeza dengan Cik Ayu yang terus menyiapkan setiap tempahan dengan sempurna. :)

Berminat? Sila isi borang tempahan di ruangan atas blog.

Monday, March 11, 2013

Please Adopt Us!


Salam.






Comelkan? RM0.70 jer satu sayang-sayang semua. Apa lagi, ajak kawan-kawan ramai-ramai beli dengan Crafty Mommy! :)

Friday, March 8, 2013

Bunga Telur Felt

Salam

Alhamdulillah Crafty Mommy kini berkesempatan menghasilkan bunga telur dari kain Felt. Lepas ni, kalau ada peminat Felt yang mahukan kelainan di majlis mereka bolehlah tempah dengan kami. Insyaallah kami akan bagi murah untuk tempahan yang banyak. :)



Thursday, March 7, 2013

Powerpuff Girl!

Salam

Ini tempahan terbaru yang diterima Cik Ayu. cantik kan? Alhamdulillah semuanya menjadi dengan baik. Lepas ni ada beberapa tempahan yang memerlukan kreativiti melukis dan menjahit karakter seperti ini akan menyusul lagi. Semoga Allah permudahkan semuanya.

Sesiapa yang berminat boleh isi form di ruangan atas blog dan pilih Cik Ayu sebagai crafter. :)



Saturday, March 2, 2013

Faux Hair Sling Bag

Salam

Ini antara tempahan yang Cik Bella terima untuk bulan Mac. Baru beberapa hari masuk bulan Mac,tempahan ini sudah Cik Bella siapkan. Bukannya apa, takut nanti bila tertangguh banyak pula tempahan yang terpaksa ditolak atau lari dari dateline. Kami di Crafty Mommy kalau boleh mahu menjaga kepuasan pelanggan semampu mungkin.

Ini kali pertama Cik Bella membuat Sling Bag, Alhamdulillah, percubaan pertama ini membuahkan hasil yang memberangsangkan. Untuk mereka yang mahukan tutorial tentang cara membuat Sling Bag ini, bolehlah mengunjungi personal blog Cik Bella. Semoga tutorial itu bermanfaat unuk semua.


Terima kasih Afiqah kerana memberikan kepercayaan kepada Cik Bella yang langsung tidak ada pengalaman membuat Sling Bag. Harap Afiqah suka dengan hasilnya. Order lagi nanti yer! :)