Monday, December 26, 2016

Owl Pillow

Salam

Tak sempat nak cakap banyak. Susah la nak aktif kat blog you olls. Boleh tak follow Instagram  dan FB Bella Kraf? Sebabnya tak update blog regularly memerlukan masa yang banyak. Kena mengadap laptop, lepas tu anak pakat naik atas meja nak tekan juga...then bila upload gambar, lama pula loadingnya. Upload di FB and Insta lebih laju. So you all follow kat sana ya...please.

By the way, Cik Bella dan tukar nama tau...from Crafty Mommy to Bella Kraf...so alert ya. Jangan terpelik-pelik pula nanti. Hehehe. Anyway, ni antara hasil yang sempat upload hari ni (yang lain boleh tengok Insta okay...banyak lagi tau!). Selamat mencuci mata. Apa-apa boleh whatsapp 012-2118905. Thank you.










Monday, October 10, 2016

Cikgu Felt

Salam

Cik Bella mintak maaf banyak-banyak untuk komen-komen yang mahu menyertai group whatsapp Felt yang Cik Bella war-warkan dulu. Group tu tidak ditubuhkan kerana permintaa yang sedikit. TAPI...untuk sesiapa yang nak tanya apa sahaja soalan berkenaan dengan Felt, sudi-sudilah whatsapp Cik Bella di 012-2118905 ya. Insyaallah Cik Bella will attend you personally.

Mintak maaf sangat. Sekarang dah tak sempat nak tepek hasil tangan dan barangan supply yang ada di kedai online Cik Bella. Dah makin banyak sebenarnya cuma banyak sangat kerja nak buat kalau nak upload gambar ke blog ni. Pertama kena pindah semua gambar dari memori DSLR ke Laptop, kemudian kena upload pula ke blog yang kadang-kadang mengambil masa yang lama sebab pixel dia agak besar kot. Entah. Tapi kesimpulannya, hasil kerja tangan yang Cik Bella jahit dan barangan yang Cik Bella jual...semua lebih banyak terpamer di Instagram dan Facebook jer. You all rajin-rajinlah berkunjung ke sana ya.

So lastly...whatsapp jer 012-2118905 kalau nak tanya apa-apa. Cik Bella rajin layan tau. Hehehe Bye darlings...nanti kita jumpa lagi ya.. ^__^

Wednesday, May 6, 2015

Assalamualaikum!

Salam

Maaf semua, Cik Bella sekarang tak berkesempatan sangat nak update blog. So please....follow Instagram Cik Bella @crafty2mommy atau like FB Crafty Mommy.

 Dah banyak sebenarnya updates tapi tak sempat pula nak upload dalam blog ni. Ini pun berebut dengan suami sebab dia nak habiskan thesis PhD dia tue. Haish...Cik Bella punya laptop pula rosak, entah bila nak baiki. Anyway, Cik Bella dalam cadangan nak buka kedai..maybe di Terengganu sebab maybe by that time Cik Bella sekeluarga dah pun berhijrah ke sana. Tapi apa-apa pun doakanlah ya...

Nak buat tempahan? Whatsapp 0122118905



Ini Alphabet Button, banyak lagi supply yang dah ada tau. So please check out our FB and Insta ya... Thanks lovelies! :)

Sunday, March 15, 2015

Arcylic Felt

Salam

Ini Arcylic Felt ya. Felt lembut yang sesuai untuk buat bantal dan bunga-bunga. Insyaallah kualiti dijamin terbaik dan tidak mudah berbulu. Ketebalan 1.4mm dan Made in Taiwan.


Arcylic Felt 1.4mm
RM18.00 semeter

Wednesday, March 11, 2015

Biji Tasbih

Salam

Alhamdulillah, stok manik untuk awak-awak semua buat doorgift untuk majlis kahwin, untuk aqiqah ke...dah ada dalam gedung kecil Crafty Mommy. Untuk mereka yang berminat boleh whatsapp Cik Bella 0122118905. Tapi, tapi, tapi...kalau ak nak buat ddorgift pun boleh dapatkan manik-manik ini untuk buat aksesori seperti gelang tangan, rantai atau subang. Seriuosly, warna yang available semuanya cantik dan harga pun berpatutan. :)


Saiz 6mm
RM1.50 untuk 120 pieces

Saiz 8mm
RM2.50 untuk 120 pieces